http://www.ikimfm.my/

Friday, December 25, 2009

Teladan buat kita

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Tuesday, December 22, 2009

APA KAITAN ZUCKERBERG DENGAN ISRAEL

Semasa di Universiti Harvard,Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi(AEP| yang aktif. Alpha Epsilon Pi adalah pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yang kuat di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yang pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel.Pertubuhan persaudaraan Yahudi ini membuka keahliannya kepada seluruh pelajar
universiti berbangsa Yahudi di AS.

Asas utama pertubuhan ini, adalah membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa Yahudi sekali gus menjadi pemimpin bangsa di masa
akan datang yang benar-benar memahami idea, nilai dan etika Yahudi

Manakala laman blog Rizki Yudhistira seorang pakar IT memetik kata kata
yang dilontarkan oleh Joel Leyden yang memanfaatkan sepenuhnya facebook
untuk menyokong tentera Israel semasa peperangan di Gaza. Siapa sebenarnya Joel Leyden? Dia adalah wartawan, pemilik Israel News Agency dan mencipta laman web komersil pertama di Isreal. Selain itu dia juga membuka laman web untuk Perdana
Menteri dan tentera Israel.

Leyden mencipta facebooknya sendiri tiga jam selepas serangan pertama
yang dilancarkan Israel ke atas Gaza. Menerusi facebook dia membakar
semangat tentera Israel yang memPertahankan sempadan dan kedaulatan
Israel. Ia menjadi medan perbincangan dan hamburan kata-kata semangat
untuk tentera serta orang Israel.

Kenalan menyertainya mencapai 17.000 pada 30 Disember tahun lalu. Leyden mengambil peluang menggunakan facebook untuk mempengaruhi dunia bahawa Israel mempertahankan negaranya dari serangan pengganas Muslim di semenanjung Gaza. Berserta dengan video You Tube, Layden cuba memberikan penerangan lebih jelas kenapa Israel perlu melancarkan perang ke atas penduduk diGaza yang dilabelkans sebagai pengganas Islam.

Lain pula kisahnya di Indonesia.Kumpulan Cyber Jihad yang diketuai oleh Muhammad Jibriel atau lebih dikenali sebagai Prince of Jihad yang memperjuangkan suara Islam dan jihad di dalam dunia cyber, akhirnya tidak 'diizinkan' untuk melayari laman web
tersebut. Suaranya yang cukup lantang, telah menarik perhatian pihak pengurusan facebook untuk menutup akaun milik Kumpulan Cyber Jihad dan Arrahmah seperti yang dilaporkan oleh Eramuslim.com dan Arrahmah.

Di Indonesia, facebook yang dikendalikan oleh kumpulan Arrahmah dan Cyber Jihad mempunyai keahlian yang paling ramai. Mereka tidak terkejut apabila facebook milik pejuang Islam itu ditutup kerana sudah maklum bahawa laman web sosial itu milik
Mark Zuckerberg yang juga anggota Alpha Epsilon Pi.

Soalnya, kenapa facebook milik Leyden tidak disekat tetapi facebook mlllk
Cyber Jihad dan Arrahmah disekat? Sedangkan kedua-duanya mempunyai tujuan yang hampir sama iaitu membakar semangat pejuang masing-masing

BAGAIMANA MCEBOOK MENDAPAT UNTUNG?

Menurut Rizki, pendapatan utama facebook datang dari iklan yang banyak dipaparkan. Dari penelitiannya iklan yang terdapat di dalam facebook mempunyai sistem yang berbeza-beza. Misalnya menggunakan kaedah CPC(cost perclick) sekali klik $0.50. Jika di dalam masa satu hari ada 1,000 orang yang klik pada iklan ini maka facebook
akan memperolehi pendapatan $500.Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan. Jumlahnya kiralah sendiri.Jika itulah jumlah wang yang diperoleh, anda boleh membayangkan berapa pula disalirkan untuk membiayai peperangan di Gaza. Lebih malang, sebahagian keuntungan itu disumbang oleh orang Islam. Dengan klik saja
pada facebook ita turut sama menjadi pembunuh orang Palsetin di Gaza.

Zuckerberg guna Facebook untuk bunuh penduduk palestin

FENOMENA facebook yang menular di seluruh dunia semakin pesat. Zaman ini,
sesiapa yang tidak tahu tentang facebook dikategorikan sebagai buta IT Benarkah? Terpulanglah kepada anda.Tetapi sekadar berkongsi maklumat, apa sahaja bahan yang
hendak dicari, anda hanya perlu sentuh skrin makumat yang terbentang.

Kembali kepada fenomena facebook,tahun lalu pengguna tetapnya
menjangkau 140 juta orang. Tetapi baru-baru ini, facebook mengeluarkan
kenyataan, penggunanya meningkat ke 240 juta orang. Satu angka yang
cukup besar dalam tempoh setahun.

Jadi tidak hairanlah jika, fa c e b o o k boleh menjana pendapatan hingga AS$300
juta pada tahun 2008. Lantaran sambutan yang menggalakkan, serta keuntungan
yang lumayan, syarikat gergasi komputer Microsoft telah membeli 1.6
peratus kepentingan face b oo k yang bernilai AS$240 juta pada tahun 2007.
Bagaimanapun, baru-baru ini, pengasasnya Bill Gates salah seorang yang
turut melayari facebook mengambil keputusan untuk menutup halamannya
ekoran 10,000 orang yang tidak dikenali, berminat untuk menjadi kawannya.

Terbaru syarikat Rusia, Digital Sky Technologies pula melabur sebanyak
AS$200 juta dalam web tersebut dan menjadikan nilai syarikat itu meningkat
sebanyak AS$15 bilion. Bagaimanapun dalam keghairahan melayari facebook, kerajaan Iran pada 23 Mei lalu, mengambil keputusan menyekat akses facebook sempena pilihan raya presiden. Tujuannya, menghalang para penyokong calon yang bertanding menggunakan halaman web itu untuk berkempen. Tindakan negara Iran itu turut disusuli oleh Majlis Ulama Indonesia (MIII) yang mengharamkan facebook melalui fatwa
yang dikeluarkan pada Jun yang lalu. Hujahnya, laman web berkenaan menjadi
penyebab kepada perlakuan tidak senonoh dan seks sebelum nikah.
Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat,

wujud desas-desus yang mengaitkan
penglibatan laman web tersebut dalam
membiayai peperangan di Gaza.
Antaranya blog majlis fathul hidayah
yang mendedahkan pemilik kepada
laman web tersebut. Daripada kajian
yang dijalankan, facebook dimiliki oleh
Mark Zuckerberg, seorang graduan
sains komputer dari Universiti Harvad.
Zuckerberg adalah anak pasangan
Yahudi, Edarwd dan Karen Zuckerberg
yang dibesarkan di Amerika Syarikat.
Bapanya seorang doktor gigi manakala
emaknya pakar perubatan. Zuckerberg
dikatakan, s€orang yang genius komputer
sejak kecil lagi. Malah diceritakan,
ketika berusia belasan tahun dia sudah
pun mencipta satu permainan komputer
yang dinamakan Risk dan permainan
muzilg Synapse.Ketika facebook dilancarkan
pada 4 Februari 2004 dari bilik
asramanya, tujuannya untuk memudahkan
mahasiswa Harvad berhubung
antara satu sama lain. Bagaimanapun
atas permintaan ramai ia dikembangkan
ke universiti di sekitarnya.

Saturday, October 24, 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat tokwan saya, Hj. Mohd Ariffin b. Hj Ibrahim, yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 oktober 2009 bersamaan 30 syawal yang lalu.

Friday, October 16, 2009

Accident motor dan kereta

Ada satu kisah,Seorang perempuan bersama anak sulungnya dan seorang penunggang motor.
Perempuan ini namanya R,penunggang motor ini namanya M.Perempuan ini tiap tiap hari akan berlatih memandu kereta kerana ingin memandu ke tempat kerja.Dia bimbang menyusahkan rakan sekerjanya kerana hari hari terpaksa menumpang utk ke tempat kerja.
Satu hari, dia merasakan, dia sudah mampu untuk drive ke tempat kerja.

Pada pagi esoknya, dia pun teruslah memandu ke tempat kerja,sangat selesa kerana tak perlu menyusahkan orang lain.balik dari kerja pun, dia masih lagi selesa, mengambil anak dari rumah pengasuh dan kemudian balik rumah.

petang itu, ada kerja yang belum selesai ditempat kerja dia pun pergi semula ke sana bersama dengan anak sulungnya, setelah selesai, dia pun terus balik. semasa balik dari tempat kerja, anaknya meminta susu botol yang ada di atas seat depan, dengan biasa sahaja, dia pun mengambil dan menghulurkan pada anaknya.

Sampai di persimpangan, dia mengerling ke arah jam kereta, kemudian terus je memandu kereta tersebut.Dengan tak disangka sangka, seorang penunggang motor awal 40-an, keluar dari simpang sebelah kiri R dan menyeberang ke arah kanan R.Lalu R yang baru sahaja memandu keretanya, menjadi sangat panik sehingga tidak mampu mengawal pemanduannya terus merempuh belakang motor penunggang tersebut.tetapi dia sempat juga menekan brek keretanya, malangnya pakcik M tadi jatuh juga.

Dalam keadaan begini, siapakah yang bersalah? kalo ikutkan undang2 jalan raya, orang dijalan besar adalah priority,org yang disimpang kena menunggu dulu.R ingin memandu straight di jalan besar tersebut, manakala M tak sabar nak melintas.

M mengalami sedikit cedera(tercalar) dibahagian dadanya dan lututnya, R dan anaknya tidak mengalami apa2 kecederaan.motor Lelaki M telah dibaiki oleh pihak perempuan R.manakala kereta perempuan R, baru dihantar ke bengkel, kerana baru dapat spare part.setelah itu,Lelaki M meminta 500 ringgit gantirugi cermin matanya yang pecah dan dadanya yang sakit.

pada pendapat pembaca sekalian siapakah yang bersalah? apakah patut wanita R tadi membayar gantirugi tersebut? sedangkan kos utk membaiki keretanya mencecah seribu ringgit.kos baiki motornya hanya 100 ringgit lebih.

pandangan anda amat dialukan.

Thursday, October 15, 2009

syawal berlalu

assalamualaikum semua,
sudah lama jari jemari ini tidak mematuk keyboard utk menulis diatas skrin laptop ini.Setelah syawal berlalu, ramai di antara kita ingin menghabiskan pula puasa 6, gembiralah bagi yang berjaya meng habiskan puasa 6 tersebut, berdukalah bagi yang tak dapat habiskan.sabar la, mungkin bukan rezeki kita kan.Tahniah buat mereka yang berjaya menghabiskan puasa 6.

maka semua org akan kembali bekerja seperti biasa.namun masih lagi mendapat undangan open house bagi rakan rakan sekerja.wah, seronoknya ye.rezeki kan, alhamdulillah.
jamuan dimana mana, cukup banyak la sekarang ni, sampai tak tau nak kira dah.

kalo boleh, hadir hadirkanlah diri anda di open house kawan anda....selagi tiada halangan yang menimpa..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Malam ini bermulalah semua ummat Islam, muslimin dan muslimat akan menunaikan solat terawih.mula jugalah kita semua untuk mengejutkan semua ahli keluarga untuk bangun bersahur, kerana hendak menunaikan rukun Islam ke tiga iaitu, berpuasa.

Puasa itu beerti menahan diri daripada makan minum dan perkara- perkara lain yang boleh membatalkan puasa.pada masa ini lah, ramai yang belum dapat menjaga semua anggota tubuh dan deria deria daripada perkara-perkara yang tak baik spt mengumpat, mengadu domba, fitnah, melihat sesuatu yang tidak baik, mendengar sesuatu yang tidak baik, mengambil barang orang lain tanpa memberitahu tuan empunya, dan bermacam macam lagi.

Mungkin kita kurang mengambil kisah perkara perkara itu kerana ada yang menganggap remeh perkara tersebut, sesungguhnya sebagai muslim, haruslah kita ambil berat perkara itu.

sekiranya kita belum dapat untuk mengubah diri daripada perkara2 yang tidak baik tersebut, marilah kita sama2 berubah pada bulan ramadhan yang mulia ini.jagalah aurat betul2 seperti yang digariskan Islam.hanya boleh menampakkan muka dan tapak tangan bagi wanita Islam.Bagi aurat lelaki Islam pusat sampai ke lutut.

Salam Ramadhan

Wednesday, August 5, 2009

Jangan stress...

Dalam hidup ni, manusia sering stress.mereka tahu stress tu tak bagus untuk kesihatan, tp diorg tetap stress kerana melalui sesuatu pekara yang berlawanan dengan minat sendiri.

Bagaimana mengatasi stress. susah juga tu.tapi jadikan mudah.cuba kita enjoy dengan setiap kerja yang kita lakukan, kita akan dapati keselesaan dalam hati.tanamkan minat pada perkara tersebut.insyaallah, kita akan dapat melalui nya dengan tenang.

jgn byk stress, nanti sakit, kan susah.enjoy ur life with taqwa to Allah.amin.

Sunday, August 2, 2009

Cara mengatasi masalah murid-murid untuk belajar

Semasa proses pembelajaran dijalankan, tidak mustahil ada diantara murid- murid yang tidak memberikan pehatian seperti bermain, bersembang dengan kawan dan sebagainya.
Persoalan di sini bagaimanakah mengatasi murid-murid yang sebegini.di sini kita merungkai permasalahan ini, antara sebabnya, adalah, jemu dengan cara pelajaran disampaikan, tajuk tidak menjadi minat murid, malas untuk melakukan kerja sekolah, mengantuk, tidak puas bermain dan macam-macam lagi.

Bagi masalah malas, agak susah untuk kita atasi kerana itu hanya dirinya sendiri perlu mengatasinya.Bagi masalah jemu, guru-guru boleh mengubah cara penyampaian ilmu tersebut, saya pasti sudah ramai guru-guru yang membuat perancangan ini.ada yang membuat permainan yang mana boleh menyampaikan pelajaran, alat bantu mengajar (ABM) dan ada yang menukar suasana belajar dari kelas mungkin ke pondok bacaan atau ke pusat sumber.

Bagi masalah tajuk tidak menjadi minat itu, pelbagaikan cara penyampaian dan latihan.buat yang menyeronokkan, insyaallah murid-murid pasti suka.cara ini, sebahagian guru sudah pun menggunakannya.

masalah mengantuk pula, suruh ke tandas basuh muka, kemudian buat senaman ringan di dalam kelas.mungkin akan melegakan bahagian badan murid yang mengalami lenguh-lenguh kerana duduk yang lama.

masalah tidak puas bermain pula, jadikan pembelajaran satu pemainan.murid2 dapat bermain dan seterusnya menambah ilmu.sebahagian guru juga sangat kreatif melakukan pengajaran seperti ini.

Tujuan kesemua cara tersebut adalah untuk memberi murid-murid pelajaran.Betapa besarnya pengorbanan seorang guru, sangup mengeluarkan bajet sendiri untuk beri ilmu pada murid-muridnya.hargailah guru anda.

Pengalaman perkhemahan

Perkhemahan adalah satu aktiviti kokurikulum yang mana sangatlah menyeronokkan, ditambah pula dengan modul- modul yang disediakan oleh para guru.Jelas sekali murid-murid dapat menghilangkan stress belajar.

Dengan perancangan guru-guru yang berminggu minggu merancangkan perkhemahan tersebut, aktiviti akhirnya dapat dijalankan dengan baik.namun kita tidak lupa, walaupun kita merancang, sesungguhnya Allah juga merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik.

apapun, aku sangat gembira mengikuti aktiviti disekolah tersebut.macam macam pengalaman dapat di timba dan dapat juga menambahkan ilmu atau tazkirah buat diri. manusia itu kan 'insan' , iaitu sering lupa dan memerlukan peringatan.

dengan kuliah ustaz yang sungguh hidup itu, aku tidak sdikit pun mengantuk.solat dipadang yang merupakan pengalaman yang ke berapa pun, aku tak ingat.seingat aku, masa zaman sekolah pernah la, solat di padang memohon hujan pada masa jerebu dulu tu.
tapi bagusla, solat berjemaah kan beganda pahalanya dari solat bersendirian.

alhamdulilah, kesimpulannya aku enjoy dengan aktiviti ini.

Wednesday, July 8, 2009

Your Mother : Yusuf Islam

Lyrics Your Mother
Yusuf Islam
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Tips on Choosing Books for Children

Creating a book collection with plenty of variety will make reading with children enjoyable and will open their eyes to new ideas about the world around them.

select books which:
-> have print large enough for children to follow along as you read
-> introduce new experiences
-> celebrate the sounds of language by using rhymes, catchy phrases, or silly sounds.
-> Have illustrations or photographs that would catch children's imagination and help them understand the text.
-> introduce children to different cultures and ways of life.
-> represent different races, genders, ages, abilities
-> Have relatioships in the story that encourage positive interactions, such as cooperation and problem solving.

Waktu terpilih berdoa

antara saat dan ketika atau waktu yg dituntut serta berkat dan makbul untuk berdoa ialah:

1.sepertiga malam atau penghujung malam hari, seperti selepas solat Tahajud.

2.antara waktu azan dan iqamat. Sabda Baginda s.a.w.:

"Doa yg dipohonkan tidak ditolak antara waktu azan dan iqamat."(Abu daud,Al-Tirmizi dan Ahmad)

3.setiap kali selepas menunaikan solat fardhu

4.sewaktu sedang sujud

5.Hari Jumaat

6.Pada bulan Ramadhan

7.Pada malam Lailatul Qadar

8.Ketika azan atau diseru untuk menunaikan solat

9.ketika turunnya hujan

Kelebihan berdoa

1. ALLAH berjanji akan memperkenankan segala pemintaan hambaNya yg baik2 serta tidak menyalahi syarat- syaratnya.Hal ini selaras firmanNya:

Dan Tuhanmu berfirman:"berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan bagimu." (Surah Ghafir:60)

2.Doa juga merupakan suatu ibadat.Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. :

"Berdoa itu merupakan suatu ibadat dan Allah berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan untuk kamu." (Abu Daud Al-Tirmizi dan Ibn Majah)

3. Allah malu untuk menolak atau menghampakan permintaan hambaNya, sebagaimana sabda baginda s.a.w. :

"Sesungguhnya Tuhan kamu yang mulia, amat pemalu terhadap hambaNya apabila hambaNya mengangkat kedua belah tangannya memohon kepadaNya (berdoa) untuk menolak kedua tangannya itu dengan kosong." (Abu Daud, Al-Tirmizi dan Ibn Majah)

4. Doa yang dipanjatkan oleh hamba akan diperkenankan melalui 3 bentuk, sebagaimana sabda Baginda s.a.w. :

"Mana mana muslim yg berdoa kepada Allah dengan suatu doa dan dia tidak berdosa serta tidak memutuskan hubungan silaturrahim, melainkan diberikan oleh Allah dengan salah satu dari 3 bentuk: sama ada disegerakan apa yang dia doakan atau sebagai simpanan bekalan pada hari Akhirat ataupun diselamatkan daripada sebarang kejahatan.Para sahabat berkata: Oleh itu,kita perbanyakkan (berdoa).Baginda bersabda: Allah itu lebih bayak lagi (rahmatNya)."()al-Tirmizi dan Ahmad)

rujukan: Buku senjata rahsia orang mukmin, karangan Ustaz Ab. Latif Muda

Tuesday, July 7, 2009

Ketawa dgn keletah anak2

Melihat keletah anak2 ni buat kita ketawa , betul tak? Macam macam yg lucu dek peel nya. Teringat masa ayahnya nak pegi solat jumaat. Duk pusing kunci nak buka pintu rumah masa tu, tiba2 Damia(adik), memanggil tokwan “tokwan! Tokwan! tokwan” tp pelat budak berusia 1 thn 4 bln la. Terkejut aku di buatnya.

Tau sebab ape, sebab ayah dia pakai kopiah masa tu, ayah dia pun terkejut gak. Tokwan dia kan selalu pakai kopiah.so bl dia nampak ayahnya pakai kopiah , dia panggil tokwan la.(kelibat ayahnya pakai kopiah dari belakang, mgkn macam tokwan dia kot, kih kih kih)

Ada di masa lain lak, aku duk kemaskan mainan dia, tiba2 dia pun nak tolong lipatkan tilam yg aku bentang tu, ish ish, rajin sungguh anak aku ni.badannya yg kecil, membuat kan dia nampak comel je, berhempas pulas nak lipat tilam yg besar tu. Mgkn dia ikut kakak dia kot. Sebab kakak dia slalu mnta nak tolong, bila aku buat keje umah mcm sidai kain, lipat kain, kemaskan mainan diorg, sapu sampah, mop lantai, macam macam la kan, dia suka nak tolong. Alhamdulillah, harap2 diorg rajin sampai dah besar.

Kakak tu pun keletah dia pun leh tahan gakla, masa barney menyanyi kat kaca televisyen tu, dia menari ala ala, romeo macam dalam citer Diari romeo, kelakar tul.kih kih kih.adik tu sekadar pusing pusing badan la, dia takut jatuh kot.

Tapi kalo bermain lompat bersama sama, sama ada ngan ayah dia ataupun ngan ummi dia(aku la), kakak lompat terangkat gak kaki, tapi adik belum bleh terangkat lg, jd nampak macam dia menonggek banyak kali. Geli hati aku, jenuh gelak jer. Kih kih kih. Duk nonggek banyak kali jer.

Alahai anak anak aku ni, macam2 benda kelakar diorg buat. Hati kita pun senang. Stress pun jd hilang.kih kih kih. Mgkn semua budak2 kecik macam tu kot. Itulah harta kita paling berharga, jgnla sia sia kan.hargailah anak2 ni.

Friday, July 3, 2009

Antara pemakanan yg boleh diambil panduan

1. sekiranya memakan lobak merah berlebihan akan menyebabkan sembelit

2. jika vitamin C berlebihan boleh menyebabkan cirit birit

3. sekiranya makan pisang berlebihan, boleh menyebabkan kegemukan

4. memakan oat boleh mengurangkan kolestrol, seterusnya megelakkan penyakit jantung (elakkan saluran tersumbat dgn kolestrol)

5. Vitamin A berlebihan menyebabkan keguguran rambut

6. minyak buah keras, boleh melebatkan rambut, sekiranya rajin sapu di kepala, janggut atau misai.elakkan sapu diketiak,nanti entah apa hutan jadi kang.

7. makan langsat bg ibu yg baru melahirkan anak, nanti sakit urat, kaki ke tangan ke, perut ke.kadang2 anak dag 6-setahun pun, kalo makan langsat boleh sebabkan sakit urat.

8. asam jawa campur sedikit air dan disapu pada tengkuk boleh mengurangkan sakit tekak.boleh juga menghilangkan parut sekiranya rajin di sapu pada tempat parut tersebut.

9. minum air dalam kulit durian, boleh menyejukkan badan setelah makan durian yg banyak.(durian kan buah yg panas)

10. minum teh limau panas(guna limau nipis) boleh mengurangkan selsema.amalkan 3hari (2X dlm sehari), insyaallah, semua hingus akan keluar.

Kelebihan wudhu'



Wudhu' merupakan satu kewajipan yg perlu dilakukan untuk membolehkan solat.
Ia banyak kelebihan yg terselit.antaranya:
:- menggugurkan dosa dosa kecil selagi tidak melakukan dosa2 nesar
:- air wudhu' yg tidak disapu pada wajah, akan memberikan wajah yg berseri(oleh itu seleps wudhu' dan semasa solat jgnla dilap muka anda)
:- memberi kita kesegaran sepanjang hari(dlm lima waktu solat),walaupun kita sibuk bekerja

Pure Mediterranean Perfumes





Memperkenalkan "Pure Mediterranean Perfumes" produk terhangat pada tahun 2009 yang dicetuskan oleh Enigma Tech sebuah entiti perniagaan yang berjaya didalam bidang kecantikan. Produk ini merupakan pati minyak wangi tulen yang diimport khas bagi menepati citarasa haruman yang anda kehendaki. "Pure Mediterranean Perfumes" didatangkan secara eksklusif bagi memberikan anda alternatif untuk sentiasa diharumi dengan rumusan bau-bauan pati minyak wangi yang berkonsepkan
'Long Lasting Fragrances'.

Sebab-sebab mengapa anda harus memiliki 'Pure Mediterranean Perfumes' :-

* Produk ini dikompilasikan dengan 4 jenis haruman yang berlainan

dan disesuaikan mengikut gender sipemakai.

* Diilhamkan dari senarai minyak wangi jenama terkenal seperti Dunhill, Ralph Lauren,

Hugo Boss dan lain-lain tentunya memberikan anda kepuasan sepenuhnya.

* 'Pure Mediterranean Perfumes' tidak mempunyai alkohol dan ianya

amat sesuai bagi pengguna Muslim.

* Ianya semata-mata pati dan tiada campuran air ataupun 'White Oil'.
* Sesuai dijadikan cenderahati atau hadiah buat yang tersayang.
* Sungguh Murah!Tiada tandingan! Sekotak hanya RM28 sahaja!.

Thursday, July 2, 2009

hidupan laut yg pelik




Disember 2004 Tsunami telah melanda Phuket,Acheh,Mauritius,Beberapa tempat di timur India termasuk pulau-pulau kecilnya dan beberapa negeri disebelah utara Malaysia.Tetapi dikalangan negara terbabit yang dilanda Tsunami Acheh,Indonesia telah menerima musibah yang amat teruk.Bagi penduduk di Acheh yang masih terselamat peristiwa tersebut merupakan peristiwa yang amat dahsyat dan sukar dilupakan.

Ada cerita pelik yang mengatakan seminggu sebelum Tsunami 'menyerang' ikan-ikan banyak didapati dikawasan pantai,Nelayan tersenyum riang melihat hasil tangkapan yang banyak dan haiwan-haiwan didarat seperti kucing,lembu dan lain-lain menjauhkan diri dari kawasan pantai menuju ke tanah tinggi seakan tahu bahawa Tsunami akan melanda.

Apa yang menghairankan kita di Malaysia yang begitu bangga mengatakan kita tidak ada gunung berapi,gempa bumi dan angin puting beliung seperti yang ada dinegara lain akhirnya menerima juga kuasa Tuhan yang tiada batasannya.Benar kata perpatah melayu 'Mana ceruk didunia yang tak ditimpa hujan".Ada penduduk di Pulau-Pinang yang terselamat mengatakan air laut yang naik membadai bentuknya macam ular tedung gergasi yang macam hendak mematuk mangsanya.

Perkara diatas adalah peristiwa sebelum dan semasa Tsunami menyerang tapi ada perkara yang pelik muncul selepas Tsunami.Dikawasan pantai bekas badaian air laut beberapa ekor ikan dan hidupan laut yang pelik dan yang tak penah kita lihat terdampar disitu.Menurut ahli sains Marin ianya mungkin jenis yang hidup dilautan dalam.Tapi kalau kita perhati betul-betul rupa hidupan laut dan ikan pelik itu hampir sama dengan haiwan-haiwan laut yang hidup pada era zaman Dinosaur.Cuba lihat....

Menawan hati isteri

Bagi lelaki, adakalanya mereka sukar menelah isi hati wanita yang pernah menjadi kekasihnya dan kini muncul sebagai suri dalam hidup insan bernama suami.

Hakikatnya, mengenali hati wanita bukan payah kalau anda tahu ‘kuncinya’. Bahkan isteri bukan mendambakan yang hebat-hebat atau sesuatu yang bertaraf eksklusif semata-mata.

Cukup sekadar biasa saja, tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih yang mendalam oleh suami, pasti hatinya berbunga gembira.
Panduan berikut mungkin mampu menjadi amalan anda untuk isteri tercinta supaya keutuhan cinta terus bertahan lama. Jika anda mampu mendalaminya, pasti anda menjadi lelaki yang paling disanjungi isteri.
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan ‘I love you’. Gunakan teknologi yang ada kini sepenuhnya. Sering menelefon atau menghantar e-mel untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.

Bagi wanita, walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ia sangat berharga dan rasa begitu bahagia menerimanya.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Apabila keluar daerah, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang anda sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumah tangga dan pendidik.

7. Berbincang dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri. Berkongsi masalah dengan mereka, sekurang-kurangnya membuatkan mereka rasa penting dalam diri anda.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri jika dia bertentangan pendapat dengan orang lain, tetapi perlulah secara rasional. Sekiranya pendapat isteri salah, betulkan.

10. Urut isteri dari semasa ke semasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita serta masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang apabila di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh bila berjalan.

14. Apabila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Apabila makan di luar, jangan harapkan isteri saja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar apabila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri daripada orang lain di khalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda daripada anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi dan jam. Kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Apabila Aidilfitri tiba, jangan beri duit raya kepada anak-anak saja, tetapi beri juga kepada isteri.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutama daripada yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka.

23. Jangan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi.

24. Jangan kedekut memberi pujian kerana mereka berhak menerima pujian.

25. Wanita juga ada ego terselit di celah kelembutan mereka. Apabila mereka rasa terancam atau tercabar, lahirlah sifat marah, cemburu dan cepat merajuk.

Masalah timbul bila mereka suka memendam perasaan dan ‘meletup’ suatu hari. Tetapi sebagai lelaki, usah sama-sama meletup. Cuba selesaikan masalah dalam keadaan terkawal dan fikir secara positif misalnya, mencari punca wanita cemburu atau marah.

Wednesday, July 1, 2009

Menawan hati suami

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Bagaimanapun, ianya sekadar panduan untuk dikongsi bersama terutama bagi bakal-bakal isteri…

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

8. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

10. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

11. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.

12. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

14. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

15. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

16. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh dan gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

17. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

18. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

19. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

20. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

21. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya “Abang nak minum air apa?” atau ” Abang nak minum ke?” Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.

22. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

23. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.

24. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai) Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa: – tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

25. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi ” dating” atau ” berbulan madu” sekali sekala. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau “pulangkan paku buah keras “.

26. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

27. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal.

Kisah lucu 3 kura kura



"Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi bekelah bersama sama.

Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut.

Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan.
Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kekura I : "ERmmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik
payung. Siapa yang nak pegi ni?"

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal
mengkanan ni semua."

Kekura I & II : "Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang."

Kekura III : "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 3 jam ??"

Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "3 hari ???"

Kekura I & II :"Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "5 hari???? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "1 minggu? "

Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "2 minggu?"

Kekura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."
!!!!!!! nko pegi jek lah"

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun
berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan
seminggu telah berlalu. Kekura III tak jugak balik balik. Setelah dua
minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah "

Kekura II : "Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih
mengkanan ni"

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru " Hoii
!!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau
tak sure nkorang abiskan mengkanan ni kan kan????!!!!!!!!"

Thursday, June 25, 2009

Sesal, Menyesal, Penyesalan



Posted: 23 Jun 2009 10:24 AM PDT

Saya faham Anda pernah menyesal. Apa yang kita sesalkan, tak akan berubah. sesalan kita tak akan merubah apa-apa. Tapi, usaha kita boleh merubahnya.

Apa yang dah berlaku, biarkanlah berlaku. Apa yang dah berlalu, biarkan berlalu. Fahami ia, fikirkan cara bagaimana Anda boleh buat yang terbaik darinya.

Kita tak boleh melawan arus hidup. Kita kena memahami arus hidup kita, kemudian jadikannya sebagai asas pemula untuk kita buat sesuatu dengan cukup baik. Biar kita berjalan seiring arus, mengintai peluang untuk kita muncul berjaya.

Arus hidup saya membuat saya berakhir menjadi seorang anak muda tanpa kerja bergaji, hanya ada sebuah laptop, sambungan internet, basikal lumba dan sukan renang.

Tapi, setiap hari saya tekad untuk melakukan semua yang saya buat dengan cukup bagus, hebat sekali. Saya tekad untuk belajar sepanjang masa, belajar memperbaiki kemahiran, belajar mengasah lagi apa yang saya dah tahu.

Belajar dan terus belajar. Berlatih dan terus berlatih. Saya tak pernah bersaing dengan sesiapa, saya set target dan berusaha keras mencapai target saya, itu saja.

Kita ada lebih banyak masa untuk membentuk masa depan bahagia dan gembira.

Masa lalu sudah tak boleh diubah. Tapi apa yang akan berlaku nanti, boleh diubah sedikit mulai saat ini.

Anda, saya bukan nak tunjuk pandai. Saya bukan pakar motivasi. Saya cuma anak muda yang tekad memperbaiki diri. Sebab? Saya nak maju dalam kerjaya, keluarga, kesihatan dan kewangan saya.

Saya percaya Anda mahukan sebab yang sama. Anda dan saya adalah sama, walaupun kita amat berlainan.

Menyesal satu perbuatan yang merugikan. Menyesal membuat kita mengingat semua kesilapan-kesilapan kita lalu menahan kita dari terus berusaha.

Tinggalkan sikap menyesal, tapi jadikan apa yang berlaku sebagai sejarah untuk Anda pelajari sesuatu daripadanya.

Hidup kita umpama sebuah kereta, berjalan di jalan raya. Kereta akan tetap bergerak meninggalkan destinasi lepas untuk menuju ke destinasi akan datang, dari destinasi A ke destinasi B.

Tangan Anda memusing stereng mengendalikan perjalanan kereta, seperti mana Anda mengendalikan perjalanan hidup Anda.

Menyesal umpama Anda berpatah balik menuju ke destinasi lepas yang sudah Anda tinggalkan.

Sudah tentu Anda tak suka, sesiapapun tak suka sebab membuang masa, membuang tenaga, membuang minyak kereta. Lebih baik jalan terus ke depan. Yang dah tertinggal, biarkan tertinggal dan usah diungkit lagi kerana sudah tertinggal, terlupa, tak terbawa.

Terimalah itu sebagai kesilapan Anda. Lebih baik lupakan.

Meneruskan perjalanan adalah perkara yang lebih penting.

Untuk apa menyesal dan apa perlunya menyesal?.

Wednesday, June 24, 2009

Layar keinsafan - Mestica

video

Layar Keinsafan
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Anak yang ke 2



anak yg ke2.sudah mencecah 1 tahun 4 bulan pada 2009 ini.dah boleh berjalan dan bercakap.tapi perkataan tu ada yg kurang jelas sket.suka memunggah, buat sepah, tuang air botol dia merata.budak budak kan.....

Anak yg sulung...



anak sulungku.dah berusia 3 tahun pada 2009 ini.bercakap dah pandai.memahami percakapan kita,pandai melukis dan menulis tapi takde bentuk huruf ape2 pun.suka menolong dalam kerja2 kerja rumah.comel lagi pulak, alhamdulillah......

suami curang: derita isteri

Setelah berkahwin hampir 10 tahun dengan mempunyai 4 cahayamata, suami telah membongkar isi hatinya. Suami yang suatu masa dahulu pernah berjanji untuk sehidup semati, memberitahu bahawa dia mencintai seorang wanita yang lebih muda, seorang kawan di pejabatnya.

Saat mendengarkan pengakuan kecurangan suami, saya menangis teresak-esak. Sanggup dia memperlakukan perkara seperti itu kepada saya, setelah banyak sungguh pengorbanan dicurahkan.

Memang diakui, setelah melahirkan 4 anak, bentuk badan dan paras rupa mula berubah, namun bolehkah itu dijadikan alasan? Atau sememangnya kaum lelaki memang penuh dengan alasan?

Saya menyatakan pendirian bahawa saya lebih rela diceraikan daripada di madu. Mungkin sayangnya pada saya telah tiada, tetapi kasih kepada anak-anak masih menebal. Keranan itu, pada anggaran saya dia telah berjanji untuk melupakan wanita itu dan cuba membahagiakan kami, anak dan isteri.

Namun, saya seakan-akan masih dihantui dengan kejadian ini. Saya mula membayangkan bahawa dia bukan lagi suami yang saya kenal. Mula membayangkan yang bukan-bukan. Membayangkan ketika saat berada di rumah, dia sebenarnya teringatkan wanita itu. Ketika memandang wajah saya, dia membayangkan wanita itu. Ketika bersama saya, dia membayangkan bersama wanita itu.

Adakah saat saya melahirkan anak-anak dia membayangkan wanita itu?

Saya cuba melupakan dan bersungguh-sungguh bertahan demi anak-anak, namun saya gagal. Saya berani berkata bahawa saya bukan setakat sudah hilang cinta dan sayang pada suami, malahan kebencian turut menebal. SAYA INGIN DIA MELEPASKAN SAYA!!

Apakah lojik semua ini, minta diceraikan? Mampukah saya membesarkan anak-anak sendirian? Adakah anak-anak akan menyalahkan saya kerana memisahkan mereka dari ayah? Bukankah saya juga berhak untuk hidup bahagia?

p/s: kesian penulis ini, suami sepatutnya menyelami perasaan seorang isteri yg ingin hidup bahagia

anak2 ujian bg seorang ibu

bismillah
Sesuatu untuk dikongsi....

Pada hari Jumaat, tanggal 29 Mei yang lalu, sekali lagi saya diuji oleh Allah SWT. Apa yg berlaku itu terlalu sukar untuk dilupakan. Kejadian itu benar-benar menyentuh hati saya sebagai ibu, juga sebagai hamba kepada Khaliq Yang Agung....

Ketika mengambil si kecil di taska, saya dimaklumkan oleh pengasuh bahawa dia demam. Patut lah dia menangis sejurus selepas saya keluar dari kereta sambil melambai-lambaikan tangan kepadanya. Apabila saya meletakkan tangan ke dahinya,memang teramat panas sekali. Sepanjang usianya yang belum mencecah 3 tahun itu, baru kali inilah saya merasakan kepanasan yang terlalu tinggi pada tubuhnya. Namun dia masih lagi mampu berjalan dan bermain ketika itu. Saya juga dimaklumkan bahawa dia telah muntah sebelum itu. Saya mengambilnya dan terus ke kereta. Ketika itu jam sudah hampir 6:30pm. Suami menelefon dan saya sempat menceritakan keadaan si kecil. Sambil berbual (saya memberhentikan kereta di tepi jalan), saya perhatikan anak saya seperti terlalu mengantuk. Dia seperti orang yg sedang khayal dengan mata yang sekejap terpejam dan sekejap terbuka. Saya bertanya kepadanya, "Adik nak tido ke?". Dia menjawab, "Takkk".

Setelah tamat perbualan bersama suami, saya terus ke sekolah agama untuk mengambil anak yg sulung. Apabila tiba sahaja di sekolah, saya mengunci kereta dan membawa si kecil ke kedai untuk membeli sebotol air mineral bagi membasuh muka serta kepalanya agar dapat menurunkan suhu badan. Belum sempat saya membuat pembayaran, dia telah pun muntah di kedai tersebut. Saya terus membersihkan mukanya serta membasahkan kepalanya. Ketika itu juga, anak yg sulung telah hampir kepada kami dan saya bergegas membawa anak-anak pulang. Di dalam perjalanan, saya lihat si kecil terlalu lemah. Dia terlena. Saya sempat bertanyakan pendapat suami untuk membawanya ke klinik. Suami bersetuju dan saya meneruskan perjalanan ke klinik yang berdekatan dgn rumah kami. Di klinik, doktor mengatakan bahawa suhu badannya mencecah ke 40 deg C. Lantas, doktor memasukkan ubat melalui duburnya agar suhu badannya turun dgn cepat....

Saya merasa sedikit lega dgn keadaannya. Saya berkata kepada yg sulung bahawa saya perlu singgah ke pasar malam untuk mencari keperluan dapur serta juadah untuk kami makan malam. Saya tinggalkan mereka di dalam kereta bersama salah sebuah telefon bimbit saya, dengan harapan agar yg sulung dapat menelefon saya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini (Saya berdoa agar tidak berlaku perkara sebegitu). Saya membeli juadah makan malam terlebih dahulu. Tiba-tiba telefon bimbit saya berdering. Anak saya menelefon. Hati saya mula berdebar-debar. Mujurlah dia menelefon hanya untuk meminta kebenaran untuk menghantar mesej kepada guru tusyennya. Saya sempat bertanyakan keadaan adiknya. "Adik OK", kata si abang. Saya meneruskan urusan mencari keperluan. Oleh kerana tangan saya sarat dengan barangan, terdetik di hati ini untuk ke kereta bagi menghantar barangan yang telah saya beli di samping untuk menjenguk si kecil. Saya berniat untuk membeli barangan dapur setelah itu.

Apabila membuka sahaja pintu kereta (pemandu) untuk meletak beg tangan saya di sebelah, saya terkejut dengan jeritan si abang. "Ibuuu, adiiik! Ibuuuu, adiiikkkk! Tengok adik buuu...". Saya menoleh ke belakang. Dalam masa yang sama, anak saya yg sulung keluar dari pintu kereta dlm keadaan histeria! Oleh kerana waktu itu sudah melepasi jam 7:00 malam, saya tidak dapat melihat dgn jelas apa yang berlaku pada anak kecil itu. Saya cuma terkejut dgn jeritan si abang. Saya menutup pintu kereta, beg-beg plastik masih lagi di tangan saya. Lantas saya berpusing ke belakang kereta dan sempat menjerit ke arah abg. Saya sendiri kebingungan dengan kelakuannya. Saya katakan, "Syahmy!" Syahmy nak biar adik sorang-sorang je ke? Ya Allah...", sambil membuka pintu kereta belakang (sebelah kiri). Saya benar-benar terkejut apabila melihat keadaan si kecil yang menggelupur kaki dan tangan dengan mata yang terbeliak ke atas. "Astaghfirullah, adik.... Ya Allah.. Kenapa ni dik...?" Hanya itu yang mampu saya ucapkan ketika itu. Saya mencampakkan beg-beg plastik berisi barangan dari pasar malam ke dalam kereta. Saya terus memeluk si kecil. Saya tahu saya kena berfikir dan bertindak pantas ketika itu. Saya katakan pada yang sulung agar menutup pintu kereta serta menguncinya. Saya juga meminta dia mengambil beg duit saya yang berada di dalam beg tangan. Apa yang terlintas di fikiran saya ialah untuk membawa anak saya kembali ke klinik. Saya merasakan saya tidak mampu memandu kereta ketika itu memandangkan si abang yang masih lagi ketakutan serta keadaan si adik yang sangat memerlukan dakapan saya. Saya nekad berlari ke klinik! Saya meminta si abang untuk ke klinik terlebih dahulu dan memberitahu doktor akan kedatangan kami (saya anggarkan jaraknya hampir 150m dari tapak pasar malam).

Untuk kembali ke klinik, saya terpaksa melalui kawasan pasar malam yang dipenuhi dengan orang ramai. Saya sedar ramai yang terpinga-pinga memerhatikan keadaan saya ketika itu. Saya benar-benar mengharapkan pertolongan dari Allah SWT. Saya menggendong anak saya rapat ke dalam pelukan saya. Kepalanya di sebelah kanan badan saya. Kalimah La ila ha illallah dan syahadah tidak henti-henti saya bisikkan ke telinganya. Di dalam hati saya berdoa agar Allah selamatkan anak saya.

Secara tiba-tiba saya merasakan badannya semakin ringan. Saya mula merasakan bahawa klinik begitu jauh sekali. Kaki saya pula semakin lemah. Sesekali larian saya terhenti, namun saya meneruskan juga perjalanan. Saya berdoa agar saya dapat sampai ke klinik secepatnya. Ketika saya berada dalam jarak 40m dari klinik, anak saya semakin lemah dan terkulai. Saya benar-benar pasrah ketika itu. Saya katakan di dalam hati, "Ya Allah, aku reda seandainya Engkau ingin menjemput dia ke pangkuanMu Ya Allah". Saya benar-benar reda. Saya meneruskan perjalanan ke klinik. Sampai sahaja di klinik, doktor bertanyakan apa yg terjadi kepada anak saya. Dalam nada yang tercungap-cungan serta perlahan, saya mengatakan anak saya menggelupur dan kaku. Saya membaringkan anak saya di bilik rawatan seperti yg diarahkan oleh doktor. Saya tersandar di tepi dinding bilik tersebut sambil memandang anak saya. Air mata saya mula menitis dan akhirnya semakin laju!

"Sawan", kata doktor. "Biasa terjadi jika suhu badan terlalu panas", tambahnya lagi. Saya sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi ketika itu. Saya hanya memerhatikan Pembantu Klinik membasahkan kepala serta badannya sambil memicit-micit badannya. Dia masih tidak bersuara meskipun matanya terbuka. Pembantu Klinik memanggil-manggil namanya. Saya mendekatinya serta mengusap kepalanya. Di dalam hati, saya rasa amat bersyukur kerana saya masih diizinkan oleh Allah untuk bersamanya. Tidak lama kemudian, dia menggerakkan tangannya. Alhamdulillah. Dia sudah 'kembali' ke alam nyata.

Setelah mendapati dia telah sedar, saya menunaikan solat maghrib di klinik tersebut. Selepas berdoa, saya terdengar suara si kecil itu ketawa. Alhamdulillah. Dia sudah pulih, hanya badannya sahaja yang terlalu lemah. Saya membawanya pulang ke rumah. Di dalam kereta, si abang terus bercerita tentang ketakutannya melihat keadaan si adik.

Air mata saya keluar tanpa hentinya sepanjang perjalanan ke rumah. Saya terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Sejujurnya saya memang mudah menitiskan air mata. Selepas kejadian itu, saya menjadi trauma beberapa hari. Saya akan mengalirkan air mata setiap kali teringat apa yang telah berlaku. Saya sedar Allah sedang menguji lagi. Sebagai ibu, saya benar-benar tersentak dengan apa yg berlaku. Saya mula tertanya-tanya apakah yang Allah ingin tunjukkan kepada saya? Saya tidak pasti. Mungkin saya telah bertindak tidak adil kepada anak-anak selama ini. Mungkin saya telah melakukan cara yang tidak betul dalam melayan kerenah anak-anak saya. Maka, Allah 'pinjam' anak saya untuk beberapa ketika. Saya sedar, ada yang perlu saya ubah. Saya sendiri tidak berapa jelas, cuma saya yakin saya perlu membuang tabiat yang tidak elok terhadap anak-anak. Saya perlu lebih sabar dengan tingkah laku anak-anak terutama ketika saya berada di dalam keadaan tertekan. Saya tidak perlu menjadikan anak-anak sebagai tempat saya melepaskan kemarahan. Saya perlu berubah!

Saya memang sangat bersyukur kerana Allah masih beri peluang kepada saya untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya. Alhamdulillah. Saya akan berusaha sedaya mungkin untuk menjadi ibu yang terbaik untuk mereka. Insya Allah..

Monday, June 22, 2009

Sayangilah binatang, jgn zalimi mereka.


Ada seorang budak perempuan, umurnya baru mencecah 11tahun, tapi dia cukup penyayang kepada semua binatang, kecuali binatang yg berbahayalah.sikap ini lahir daripada didikan kedua ibu bapanya yg juga seorang yg baik sekali.

Dari kecil keluarga ini memang suka memelihara kucing yg selalunya, dibuang orang didepan rumah mereka.mereka bela kucing sampai akhir hayat kucing tu, kemudian bela lg jika ada yg dibuang org.

satu hari ni, budak perempuan yg dipanggil adik oleh ibunya, pulang dari sekolah, kerana terlalu letih mengayuh basikal, dia pun trus je berehat dikerusi depan TV umahnya.Tiba tiba, dia terdengar kucing nya mengiau ngiau seperti mengejar sesuatu, makin lama makin kuat.alihnya, apa lagi adik pun keluar tengaok apa yg kucing dia buat, tengok tengok kucing nya sedang menggigit tupai, nampakla berdarah darah tupai tu, adik rasa kesian sangat kat tupai tu.


dia pun tangkap kucing dia utk lepaskan tupai tu, tapi malangnya, kucing tu gigit kuat.jadi dia terpaksa memukul kucingnya supaya melepaskan tupai tu.tupai tu dilepaskan jua, kucingnya lari masuk dalam rumah.

rupa rupanya, tupai tu masih kecil, dia tak leh bergerak, sebahagian badannya luka teruk,adik nangis tgk tupai tu, dia pun ambik minyak gamat tu, trus sapu kat badan tupai tu, pastu letak dia atas meja beralaskan kain.meja tu letaknya tepi tingkap je.

Tentang kucingnya tu, dia [ujuk balik, bagi makan ikan fresh yg direbus lagi tu, sronok kucing tu makan, dia tak kacau tupai tu dah.

sedang dia berehat sambil tengok Tv, datang satu ibu tupai bawa anak dia yg luka tu naik ke pokok.adik pun lega lah sebab ibu tupai tu dah ambil anak dia, tentu pandai dia rawat anaknya sendiri. sedih juga sebab adik tak dapat nak jaga anak tupai tu.

pastu adik pun samunglah tengok TV, tgh asyik tengok TV tu, tiba2 Seekor tupai datang jenguk ikut tingkap rumah,lama gak, sampai adik pandang dia, dia pandang adik balik, baru tupai tu lari ke pokok semula.

ibu adik cakap, mesti tupai tu ucapkan terima kasih.adik rasa sronok sgt dapat tolong anak tupai tu.Tupai pun ada perasaan kan, bisik hati adik.alhamdulillah anak tupai tu dah selamat dengan ibunya.

Friday, June 19, 2009

Ubat Hati

video

Tombo ati Iku limo pekarane
Kaping Pisan Moco Quran Lan Maknane
Kaping Pindo,Solat Wengi Lakonono
Kaping Telu,Wong kang Soleh Kumpulono
Kaping Papat,Kudu Weteng Ikang Luwe
Kaping Limo,Zikir Wengi Ingkang Suwe.

Salah sakwijine,sopo biso ngelakoni
Mugi mugi Allah Taala nyembadani


Jangan risau,ini dalam bahasa Melayu...


Ubat Hati itu Lima Perkara
Yang Pertama Baca Alquran dan makanya
Yang Kedua Solat Malam Dirikanlah
Yang Ketiga Berkompollah Dengan Orang Soleh
Yang Keempat Perbanyakkanlah Berpuasa
Yang Kelima Zikir malam Perpanjangkanlah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga moga Allah Taala mencukupi

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

# 1. bertaubat
# 2. menyesali dosa yang dilakukan
# 3. tidak tergila-gilakan dunia
# 4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
# 5. tinggalkan sifat berbangga
# 6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
# 7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.



Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

1. Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.



Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).



Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Kelebihan ayat kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.
1

Balasan meninggalkan solat

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.



Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"



Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."



Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."



Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.



Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"



Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."



Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.



Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."



Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"



Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.



Maka inilah balasannya.

Kelebihan berselawat

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."



Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."



Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."



Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."



Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.



Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Berkat di sebalik membaca Bismillah

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Thursday, June 18, 2009

Doa itu senjata orang mukmin

Setiap manusia bila ditimpa masalah je, mesti rapat kan diri dengan Allah taa'la.tapi ada gak orang yang suka menghabiskan masanya dengan kawan kawan, clubbing lah, karaoke lah, lepak lepak lah.macam macam ada.

tapi yang paling elok adalah merapatkan diri dengan Allah taa'la.cuma jganlah masa susah je ingat Tuhan bila senang lupa daratan, masyaallah, minta simpang kalau kita sudah memohon sesuatu daripada Allah, jgnlah kita cepat putus asa sebelum Allah mengkabulkan doa kita itu. seharusnya kita teruskan berdoa, Islam kan mengajar kita supaya bersabar dan istiqamah.kalau kita terus bersabar, insyaallah akan dipermudahkan oleh Nya.

Sabar itu besar maknanya, seperti ayah saya pernah berpesan pada saya. sabar itu separuh daripada iman manakala bersih itu baru sebahagian je daripada Islam, namun Islam itu bersih ye, jgn lupa.

jadi teruskanlah berdoa, jgan putus asa. kalau tak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya.peribahasa melayu.Allah itu maha penyayang.kalaupun orang disamping kita tidak menyayangi kita atau sayang bermusim, ingatlah bahawa Allah tetap menyayangi hamba hambanya .mohonlah pertolongan daripada Allah.semoga Allah memberkati hamba hambanya yg sentiasa berusaha merapatkan diri pada Allah.

Petua Dapur

Hindari Kumbang Beras
- letakkan 7 hingga lapan tangkai cili kering kedalam tempat menyimpan beras, cili kering itu hendaklah di timbus ke dalam beras.

Melembutkan daging
- ambil sekumit akar daun pandan dan rebus sekali dengan daging, ini akan mempercepatkan proses daging menjadi lembut

mengelakkan pedih mata semasa potong bawang
- gunakan pisau yg tajam dan nipis,mengelakkan daripada anda 'memerah' bawang semasa memotongnya.atau
- cucuk tengah bawang dengan pisau, sebelum memotongnya

membersihkan minyak gorengan
- jika anda menghadapi masalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan ke dalam kuali bersama dengan bahan gorengan anda,asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda dan hasilnya anda akan dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali

mengelakkan ikan digoreng terlekat pada kuali
- masukkan sekeping asam keping kedalam kuali semasa ikan sedang di goreng, insyallah, ikan itu takkan melekat pada kuali

mengelakkan telur rebus pecah semasa direbus
- masukkan asam keping bersama sama dengan telur yang sedang direbus

I'm new

Baru cuba cuba menulis blog ni, boleh jugak simpan perkara yang kita suka.dan boleh gak la nak kongsikan dengan orang lain. Insyallah, tak rugi kalo kita tahu sesuatu kita sampaikan pada orang lain.sabda Rasulullah "sampaikan lah ilmu walau sepotong ayat", maaf kalo tersalah, tolong ler betulkan.

buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
kami ini sentiasa belajar,
kalo salah tolong tunjukkan

Soal hati?

Bagaimanakah kita nak tahu hati kita ni bersih ke tidak? susah untuk kita menyelidik hati kita yg bersifat tidak zahir pada pandangan mata manusia. Tapi kita boleh berusaha men'cuci' hati kita kerana dalam kehidupan kita ini, tak dapat lari dari melakukan dosa. contoh yg boleh membuatkan hati kita kotor :- hasad dengki, mengumpat, melihat sesuatu yang haram dan sebagainya.

Kalau kita tidak mendengar tazkirah dalam tempoh seminggu, hati kita akan jadi keras.bayangkanlah kalau berminggu-minggu atau berbulan-bulan, tak tau nak cakap la sekeras mana hati kita ni. nauzubillah. peringatan buat diri saya juga.

ubat hati seperti nasyid yg saya suka dengar tu, ada lima perkara.bgs betul nasyid tu, menyampaikan ilmu melalui dendangan penyanyinya.yang pertama baca quran dan maknanya, yang kedua perbanyakkan berpuasa, yang ketiga bergaullah dengan orang soleh, yang keempat solat malam dirikanlah, yang ke lima perbanyakkan berzikrullah.alangkah tenangnya bila kita dapat buat dari salah satu lima perkara ni.bila dirudung masalah pun, hati kita pun mudah tenang apabila menerimanya walaupun mengalirkan air mata.

semua wanita inginkan wajah yang cantik bukan? bersihkanlah hati anda. Bak kata Dr Fadzillah Kamsah, wajah yang cantik itu terpancar dari hati yang bersih.