http://www.ikimfm.my/

Thursday, June 25, 2009

Sesal, Menyesal, Penyesalan



Posted: 23 Jun 2009 10:24 AM PDT

Saya faham Anda pernah menyesal. Apa yang kita sesalkan, tak akan berubah. sesalan kita tak akan merubah apa-apa. Tapi, usaha kita boleh merubahnya.

Apa yang dah berlaku, biarkanlah berlaku. Apa yang dah berlalu, biarkan berlalu. Fahami ia, fikirkan cara bagaimana Anda boleh buat yang terbaik darinya.

Kita tak boleh melawan arus hidup. Kita kena memahami arus hidup kita, kemudian jadikannya sebagai asas pemula untuk kita buat sesuatu dengan cukup baik. Biar kita berjalan seiring arus, mengintai peluang untuk kita muncul berjaya.

Arus hidup saya membuat saya berakhir menjadi seorang anak muda tanpa kerja bergaji, hanya ada sebuah laptop, sambungan internet, basikal lumba dan sukan renang.

Tapi, setiap hari saya tekad untuk melakukan semua yang saya buat dengan cukup bagus, hebat sekali. Saya tekad untuk belajar sepanjang masa, belajar memperbaiki kemahiran, belajar mengasah lagi apa yang saya dah tahu.

Belajar dan terus belajar. Berlatih dan terus berlatih. Saya tak pernah bersaing dengan sesiapa, saya set target dan berusaha keras mencapai target saya, itu saja.

Kita ada lebih banyak masa untuk membentuk masa depan bahagia dan gembira.

Masa lalu sudah tak boleh diubah. Tapi apa yang akan berlaku nanti, boleh diubah sedikit mulai saat ini.

Anda, saya bukan nak tunjuk pandai. Saya bukan pakar motivasi. Saya cuma anak muda yang tekad memperbaiki diri. Sebab? Saya nak maju dalam kerjaya, keluarga, kesihatan dan kewangan saya.

Saya percaya Anda mahukan sebab yang sama. Anda dan saya adalah sama, walaupun kita amat berlainan.

Menyesal satu perbuatan yang merugikan. Menyesal membuat kita mengingat semua kesilapan-kesilapan kita lalu menahan kita dari terus berusaha.

Tinggalkan sikap menyesal, tapi jadikan apa yang berlaku sebagai sejarah untuk Anda pelajari sesuatu daripadanya.

Hidup kita umpama sebuah kereta, berjalan di jalan raya. Kereta akan tetap bergerak meninggalkan destinasi lepas untuk menuju ke destinasi akan datang, dari destinasi A ke destinasi B.

Tangan Anda memusing stereng mengendalikan perjalanan kereta, seperti mana Anda mengendalikan perjalanan hidup Anda.

Menyesal umpama Anda berpatah balik menuju ke destinasi lepas yang sudah Anda tinggalkan.

Sudah tentu Anda tak suka, sesiapapun tak suka sebab membuang masa, membuang tenaga, membuang minyak kereta. Lebih baik jalan terus ke depan. Yang dah tertinggal, biarkan tertinggal dan usah diungkit lagi kerana sudah tertinggal, terlupa, tak terbawa.

Terimalah itu sebagai kesilapan Anda. Lebih baik lupakan.

Meneruskan perjalanan adalah perkara yang lebih penting.

Untuk apa menyesal dan apa perlunya menyesal?.

Wednesday, June 24, 2009

Layar keinsafan - Mestica



Layar Keinsafan
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Anak yang ke 2



anak yg ke2.sudah mencecah 1 tahun 4 bulan pada 2009 ini.dah boleh berjalan dan bercakap.tapi perkataan tu ada yg kurang jelas sket.suka memunggah, buat sepah, tuang air botol dia merata.budak budak kan.....

Anak yg sulung...



anak sulungku.dah berusia 3 tahun pada 2009 ini.bercakap dah pandai.memahami percakapan kita,pandai melukis dan menulis tapi takde bentuk huruf ape2 pun.suka menolong dalam kerja2 kerja rumah.comel lagi pulak, alhamdulillah......

suami curang: derita isteri

Setelah berkahwin hampir 10 tahun dengan mempunyai 4 cahayamata, suami telah membongkar isi hatinya. Suami yang suatu masa dahulu pernah berjanji untuk sehidup semati, memberitahu bahawa dia mencintai seorang wanita yang lebih muda, seorang kawan di pejabatnya.

Saat mendengarkan pengakuan kecurangan suami, saya menangis teresak-esak. Sanggup dia memperlakukan perkara seperti itu kepada saya, setelah banyak sungguh pengorbanan dicurahkan.

Memang diakui, setelah melahirkan 4 anak, bentuk badan dan paras rupa mula berubah, namun bolehkah itu dijadikan alasan? Atau sememangnya kaum lelaki memang penuh dengan alasan?

Saya menyatakan pendirian bahawa saya lebih rela diceraikan daripada di madu. Mungkin sayangnya pada saya telah tiada, tetapi kasih kepada anak-anak masih menebal. Keranan itu, pada anggaran saya dia telah berjanji untuk melupakan wanita itu dan cuba membahagiakan kami, anak dan isteri.

Namun, saya seakan-akan masih dihantui dengan kejadian ini. Saya mula membayangkan bahawa dia bukan lagi suami yang saya kenal. Mula membayangkan yang bukan-bukan. Membayangkan ketika saat berada di rumah, dia sebenarnya teringatkan wanita itu. Ketika memandang wajah saya, dia membayangkan wanita itu. Ketika bersama saya, dia membayangkan bersama wanita itu.

Adakah saat saya melahirkan anak-anak dia membayangkan wanita itu?

Saya cuba melupakan dan bersungguh-sungguh bertahan demi anak-anak, namun saya gagal. Saya berani berkata bahawa saya bukan setakat sudah hilang cinta dan sayang pada suami, malahan kebencian turut menebal. SAYA INGIN DIA MELEPASKAN SAYA!!

Apakah lojik semua ini, minta diceraikan? Mampukah saya membesarkan anak-anak sendirian? Adakah anak-anak akan menyalahkan saya kerana memisahkan mereka dari ayah? Bukankah saya juga berhak untuk hidup bahagia?

p/s: kesian penulis ini, suami sepatutnya menyelami perasaan seorang isteri yg ingin hidup bahagia

anak2 ujian bg seorang ibu

bismillah
Sesuatu untuk dikongsi....

Pada hari Jumaat, tanggal 29 Mei yang lalu, sekali lagi saya diuji oleh Allah SWT. Apa yg berlaku itu terlalu sukar untuk dilupakan. Kejadian itu benar-benar menyentuh hati saya sebagai ibu, juga sebagai hamba kepada Khaliq Yang Agung....

Ketika mengambil si kecil di taska, saya dimaklumkan oleh pengasuh bahawa dia demam. Patut lah dia menangis sejurus selepas saya keluar dari kereta sambil melambai-lambaikan tangan kepadanya. Apabila saya meletakkan tangan ke dahinya,memang teramat panas sekali. Sepanjang usianya yang belum mencecah 3 tahun itu, baru kali inilah saya merasakan kepanasan yang terlalu tinggi pada tubuhnya. Namun dia masih lagi mampu berjalan dan bermain ketika itu. Saya juga dimaklumkan bahawa dia telah muntah sebelum itu. Saya mengambilnya dan terus ke kereta. Ketika itu jam sudah hampir 6:30pm. Suami menelefon dan saya sempat menceritakan keadaan si kecil. Sambil berbual (saya memberhentikan kereta di tepi jalan), saya perhatikan anak saya seperti terlalu mengantuk. Dia seperti orang yg sedang khayal dengan mata yang sekejap terpejam dan sekejap terbuka. Saya bertanya kepadanya, "Adik nak tido ke?". Dia menjawab, "Takkk".

Setelah tamat perbualan bersama suami, saya terus ke sekolah agama untuk mengambil anak yg sulung. Apabila tiba sahaja di sekolah, saya mengunci kereta dan membawa si kecil ke kedai untuk membeli sebotol air mineral bagi membasuh muka serta kepalanya agar dapat menurunkan suhu badan. Belum sempat saya membuat pembayaran, dia telah pun muntah di kedai tersebut. Saya terus membersihkan mukanya serta membasahkan kepalanya. Ketika itu juga, anak yg sulung telah hampir kepada kami dan saya bergegas membawa anak-anak pulang. Di dalam perjalanan, saya lihat si kecil terlalu lemah. Dia terlena. Saya sempat bertanyakan pendapat suami untuk membawanya ke klinik. Suami bersetuju dan saya meneruskan perjalanan ke klinik yang berdekatan dgn rumah kami. Di klinik, doktor mengatakan bahawa suhu badannya mencecah ke 40 deg C. Lantas, doktor memasukkan ubat melalui duburnya agar suhu badannya turun dgn cepat....

Saya merasa sedikit lega dgn keadaannya. Saya berkata kepada yg sulung bahawa saya perlu singgah ke pasar malam untuk mencari keperluan dapur serta juadah untuk kami makan malam. Saya tinggalkan mereka di dalam kereta bersama salah sebuah telefon bimbit saya, dengan harapan agar yg sulung dapat menelefon saya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini (Saya berdoa agar tidak berlaku perkara sebegitu). Saya membeli juadah makan malam terlebih dahulu. Tiba-tiba telefon bimbit saya berdering. Anak saya menelefon. Hati saya mula berdebar-debar. Mujurlah dia menelefon hanya untuk meminta kebenaran untuk menghantar mesej kepada guru tusyennya. Saya sempat bertanyakan keadaan adiknya. "Adik OK", kata si abang. Saya meneruskan urusan mencari keperluan. Oleh kerana tangan saya sarat dengan barangan, terdetik di hati ini untuk ke kereta bagi menghantar barangan yang telah saya beli di samping untuk menjenguk si kecil. Saya berniat untuk membeli barangan dapur setelah itu.

Apabila membuka sahaja pintu kereta (pemandu) untuk meletak beg tangan saya di sebelah, saya terkejut dengan jeritan si abang. "Ibuuu, adiiik! Ibuuuu, adiiikkkk! Tengok adik buuu...". Saya menoleh ke belakang. Dalam masa yang sama, anak saya yg sulung keluar dari pintu kereta dlm keadaan histeria! Oleh kerana waktu itu sudah melepasi jam 7:00 malam, saya tidak dapat melihat dgn jelas apa yang berlaku pada anak kecil itu. Saya cuma terkejut dgn jeritan si abang. Saya menutup pintu kereta, beg-beg plastik masih lagi di tangan saya. Lantas saya berpusing ke belakang kereta dan sempat menjerit ke arah abg. Saya sendiri kebingungan dengan kelakuannya. Saya katakan, "Syahmy!" Syahmy nak biar adik sorang-sorang je ke? Ya Allah...", sambil membuka pintu kereta belakang (sebelah kiri). Saya benar-benar terkejut apabila melihat keadaan si kecil yang menggelupur kaki dan tangan dengan mata yang terbeliak ke atas. "Astaghfirullah, adik.... Ya Allah.. Kenapa ni dik...?" Hanya itu yang mampu saya ucapkan ketika itu. Saya mencampakkan beg-beg plastik berisi barangan dari pasar malam ke dalam kereta. Saya terus memeluk si kecil. Saya tahu saya kena berfikir dan bertindak pantas ketika itu. Saya katakan pada yang sulung agar menutup pintu kereta serta menguncinya. Saya juga meminta dia mengambil beg duit saya yang berada di dalam beg tangan. Apa yang terlintas di fikiran saya ialah untuk membawa anak saya kembali ke klinik. Saya merasakan saya tidak mampu memandu kereta ketika itu memandangkan si abang yang masih lagi ketakutan serta keadaan si adik yang sangat memerlukan dakapan saya. Saya nekad berlari ke klinik! Saya meminta si abang untuk ke klinik terlebih dahulu dan memberitahu doktor akan kedatangan kami (saya anggarkan jaraknya hampir 150m dari tapak pasar malam).

Untuk kembali ke klinik, saya terpaksa melalui kawasan pasar malam yang dipenuhi dengan orang ramai. Saya sedar ramai yang terpinga-pinga memerhatikan keadaan saya ketika itu. Saya benar-benar mengharapkan pertolongan dari Allah SWT. Saya menggendong anak saya rapat ke dalam pelukan saya. Kepalanya di sebelah kanan badan saya. Kalimah La ila ha illallah dan syahadah tidak henti-henti saya bisikkan ke telinganya. Di dalam hati saya berdoa agar Allah selamatkan anak saya.

Secara tiba-tiba saya merasakan badannya semakin ringan. Saya mula merasakan bahawa klinik begitu jauh sekali. Kaki saya pula semakin lemah. Sesekali larian saya terhenti, namun saya meneruskan juga perjalanan. Saya berdoa agar saya dapat sampai ke klinik secepatnya. Ketika saya berada dalam jarak 40m dari klinik, anak saya semakin lemah dan terkulai. Saya benar-benar pasrah ketika itu. Saya katakan di dalam hati, "Ya Allah, aku reda seandainya Engkau ingin menjemput dia ke pangkuanMu Ya Allah". Saya benar-benar reda. Saya meneruskan perjalanan ke klinik. Sampai sahaja di klinik, doktor bertanyakan apa yg terjadi kepada anak saya. Dalam nada yang tercungap-cungan serta perlahan, saya mengatakan anak saya menggelupur dan kaku. Saya membaringkan anak saya di bilik rawatan seperti yg diarahkan oleh doktor. Saya tersandar di tepi dinding bilik tersebut sambil memandang anak saya. Air mata saya mula menitis dan akhirnya semakin laju!

"Sawan", kata doktor. "Biasa terjadi jika suhu badan terlalu panas", tambahnya lagi. Saya sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi ketika itu. Saya hanya memerhatikan Pembantu Klinik membasahkan kepala serta badannya sambil memicit-micit badannya. Dia masih tidak bersuara meskipun matanya terbuka. Pembantu Klinik memanggil-manggil namanya. Saya mendekatinya serta mengusap kepalanya. Di dalam hati, saya rasa amat bersyukur kerana saya masih diizinkan oleh Allah untuk bersamanya. Tidak lama kemudian, dia menggerakkan tangannya. Alhamdulillah. Dia sudah 'kembali' ke alam nyata.

Setelah mendapati dia telah sedar, saya menunaikan solat maghrib di klinik tersebut. Selepas berdoa, saya terdengar suara si kecil itu ketawa. Alhamdulillah. Dia sudah pulih, hanya badannya sahaja yang terlalu lemah. Saya membawanya pulang ke rumah. Di dalam kereta, si abang terus bercerita tentang ketakutannya melihat keadaan si adik.

Air mata saya keluar tanpa hentinya sepanjang perjalanan ke rumah. Saya terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Sejujurnya saya memang mudah menitiskan air mata. Selepas kejadian itu, saya menjadi trauma beberapa hari. Saya akan mengalirkan air mata setiap kali teringat apa yang telah berlaku. Saya sedar Allah sedang menguji lagi. Sebagai ibu, saya benar-benar tersentak dengan apa yg berlaku. Saya mula tertanya-tanya apakah yang Allah ingin tunjukkan kepada saya? Saya tidak pasti. Mungkin saya telah bertindak tidak adil kepada anak-anak selama ini. Mungkin saya telah melakukan cara yang tidak betul dalam melayan kerenah anak-anak saya. Maka, Allah 'pinjam' anak saya untuk beberapa ketika. Saya sedar, ada yang perlu saya ubah. Saya sendiri tidak berapa jelas, cuma saya yakin saya perlu membuang tabiat yang tidak elok terhadap anak-anak. Saya perlu lebih sabar dengan tingkah laku anak-anak terutama ketika saya berada di dalam keadaan tertekan. Saya tidak perlu menjadikan anak-anak sebagai tempat saya melepaskan kemarahan. Saya perlu berubah!

Saya memang sangat bersyukur kerana Allah masih beri peluang kepada saya untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya. Alhamdulillah. Saya akan berusaha sedaya mungkin untuk menjadi ibu yang terbaik untuk mereka. Insya Allah..

Monday, June 22, 2009

Sayangilah binatang, jgn zalimi mereka.


Ada seorang budak perempuan, umurnya baru mencecah 11tahun, tapi dia cukup penyayang kepada semua binatang, kecuali binatang yg berbahayalah.sikap ini lahir daripada didikan kedua ibu bapanya yg juga seorang yg baik sekali.

Dari kecil keluarga ini memang suka memelihara kucing yg selalunya, dibuang orang didepan rumah mereka.mereka bela kucing sampai akhir hayat kucing tu, kemudian bela lg jika ada yg dibuang org.

satu hari ni, budak perempuan yg dipanggil adik oleh ibunya, pulang dari sekolah, kerana terlalu letih mengayuh basikal, dia pun trus je berehat dikerusi depan TV umahnya.Tiba tiba, dia terdengar kucing nya mengiau ngiau seperti mengejar sesuatu, makin lama makin kuat.alihnya, apa lagi adik pun keluar tengaok apa yg kucing dia buat, tengok tengok kucing nya sedang menggigit tupai, nampakla berdarah darah tupai tu, adik rasa kesian sangat kat tupai tu.


dia pun tangkap kucing dia utk lepaskan tupai tu, tapi malangnya, kucing tu gigit kuat.jadi dia terpaksa memukul kucingnya supaya melepaskan tupai tu.tupai tu dilepaskan jua, kucingnya lari masuk dalam rumah.

rupa rupanya, tupai tu masih kecil, dia tak leh bergerak, sebahagian badannya luka teruk,adik nangis tgk tupai tu, dia pun ambik minyak gamat tu, trus sapu kat badan tupai tu, pastu letak dia atas meja beralaskan kain.meja tu letaknya tepi tingkap je.

Tentang kucingnya tu, dia [ujuk balik, bagi makan ikan fresh yg direbus lagi tu, sronok kucing tu makan, dia tak kacau tupai tu dah.

sedang dia berehat sambil tengok Tv, datang satu ibu tupai bawa anak dia yg luka tu naik ke pokok.adik pun lega lah sebab ibu tupai tu dah ambil anak dia, tentu pandai dia rawat anaknya sendiri. sedih juga sebab adik tak dapat nak jaga anak tupai tu.

pastu adik pun samunglah tengok TV, tgh asyik tengok TV tu, tiba2 Seekor tupai datang jenguk ikut tingkap rumah,lama gak, sampai adik pandang dia, dia pandang adik balik, baru tupai tu lari ke pokok semula.

ibu adik cakap, mesti tupai tu ucapkan terima kasih.adik rasa sronok sgt dapat tolong anak tupai tu.Tupai pun ada perasaan kan, bisik hati adik.alhamdulillah anak tupai tu dah selamat dengan ibunya.

Friday, June 19, 2009

Ubat Hati



Tombo ati Iku limo pekarane
Kaping Pisan Moco Quran Lan Maknane
Kaping Pindo,Solat Wengi Lakonono
Kaping Telu,Wong kang Soleh Kumpulono
Kaping Papat,Kudu Weteng Ikang Luwe
Kaping Limo,Zikir Wengi Ingkang Suwe.

Salah sakwijine,sopo biso ngelakoni
Mugi mugi Allah Taala nyembadani


Jangan risau,ini dalam bahasa Melayu...


Ubat Hati itu Lima Perkara
Yang Pertama Baca Alquran dan makanya
Yang Kedua Solat Malam Dirikanlah
Yang Ketiga Berkompollah Dengan Orang Soleh
Yang Keempat Perbanyakkanlah Berpuasa
Yang Kelima Zikir malam Perpanjangkanlah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga moga Allah Taala mencukupi

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

# 1. bertaubat
# 2. menyesali dosa yang dilakukan
# 3. tidak tergila-gilakan dunia
# 4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
# 5. tinggalkan sifat berbangga
# 6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
# 7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.



Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

1. Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.



Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).



Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Kelebihan ayat kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.
1

Balasan meninggalkan solat

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.



Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"



Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."



Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."



Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.



Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"



Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."



Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.



Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."



Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"



Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.



Maka inilah balasannya.

Kelebihan berselawat

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."



Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."



Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."



Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."



Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.



Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Berkat di sebalik membaca Bismillah

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Thursday, June 18, 2009

Doa itu senjata orang mukmin

Setiap manusia bila ditimpa masalah je, mesti rapat kan diri dengan Allah taa'la.tapi ada gak orang yang suka menghabiskan masanya dengan kawan kawan, clubbing lah, karaoke lah, lepak lepak lah.macam macam ada.

tapi yang paling elok adalah merapatkan diri dengan Allah taa'la.cuma jganlah masa susah je ingat Tuhan bila senang lupa daratan, masyaallah, minta simpang kalau kita sudah memohon sesuatu daripada Allah, jgnlah kita cepat putus asa sebelum Allah mengkabulkan doa kita itu. seharusnya kita teruskan berdoa, Islam kan mengajar kita supaya bersabar dan istiqamah.kalau kita terus bersabar, insyaallah akan dipermudahkan oleh Nya.

Sabar itu besar maknanya, seperti ayah saya pernah berpesan pada saya. sabar itu separuh daripada iman manakala bersih itu baru sebahagian je daripada Islam, namun Islam itu bersih ye, jgn lupa.

jadi teruskanlah berdoa, jgan putus asa. kalau tak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya.peribahasa melayu.Allah itu maha penyayang.kalaupun orang disamping kita tidak menyayangi kita atau sayang bermusim, ingatlah bahawa Allah tetap menyayangi hamba hambanya .mohonlah pertolongan daripada Allah.semoga Allah memberkati hamba hambanya yg sentiasa berusaha merapatkan diri pada Allah.

Petua Dapur

Hindari Kumbang Beras
- letakkan 7 hingga lapan tangkai cili kering kedalam tempat menyimpan beras, cili kering itu hendaklah di timbus ke dalam beras.

Melembutkan daging
- ambil sekumit akar daun pandan dan rebus sekali dengan daging, ini akan mempercepatkan proses daging menjadi lembut

mengelakkan pedih mata semasa potong bawang
- gunakan pisau yg tajam dan nipis,mengelakkan daripada anda 'memerah' bawang semasa memotongnya.atau
- cucuk tengah bawang dengan pisau, sebelum memotongnya

membersihkan minyak gorengan
- jika anda menghadapi masalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan ke dalam kuali bersama dengan bahan gorengan anda,asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda dan hasilnya anda akan dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali

mengelakkan ikan digoreng terlekat pada kuali
- masukkan sekeping asam keping kedalam kuali semasa ikan sedang di goreng, insyallah, ikan itu takkan melekat pada kuali

mengelakkan telur rebus pecah semasa direbus
- masukkan asam keping bersama sama dengan telur yang sedang direbus

I'm new

Baru cuba cuba menulis blog ni, boleh jugak simpan perkara yang kita suka.dan boleh gak la nak kongsikan dengan orang lain. Insyallah, tak rugi kalo kita tahu sesuatu kita sampaikan pada orang lain.sabda Rasulullah "sampaikan lah ilmu walau sepotong ayat", maaf kalo tersalah, tolong ler betulkan.

buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
kami ini sentiasa belajar,
kalo salah tolong tunjukkan

Soal hati?

Bagaimanakah kita nak tahu hati kita ni bersih ke tidak? susah untuk kita menyelidik hati kita yg bersifat tidak zahir pada pandangan mata manusia. Tapi kita boleh berusaha men'cuci' hati kita kerana dalam kehidupan kita ini, tak dapat lari dari melakukan dosa. contoh yg boleh membuatkan hati kita kotor :- hasad dengki, mengumpat, melihat sesuatu yang haram dan sebagainya.

Kalau kita tidak mendengar tazkirah dalam tempoh seminggu, hati kita akan jadi keras.bayangkanlah kalau berminggu-minggu atau berbulan-bulan, tak tau nak cakap la sekeras mana hati kita ni. nauzubillah. peringatan buat diri saya juga.

ubat hati seperti nasyid yg saya suka dengar tu, ada lima perkara.bgs betul nasyid tu, menyampaikan ilmu melalui dendangan penyanyinya.yang pertama baca quran dan maknanya, yang kedua perbanyakkan berpuasa, yang ketiga bergaullah dengan orang soleh, yang keempat solat malam dirikanlah, yang ke lima perbanyakkan berzikrullah.alangkah tenangnya bila kita dapat buat dari salah satu lima perkara ni.bila dirudung masalah pun, hati kita pun mudah tenang apabila menerimanya walaupun mengalirkan air mata.

semua wanita inginkan wajah yang cantik bukan? bersihkanlah hati anda. Bak kata Dr Fadzillah Kamsah, wajah yang cantik itu terpancar dari hati yang bersih.

MyHotcomments.com