http://www.ikimfm.my/

Sunday, November 11, 2012

Penyakit ITP

Purpura Trombositopenia Idiopatik (ITP)
(aku copy paste kat website lain pasal ITP ni,... aku sentiasa berdoa agar anak saudaraku yang terkena penyakit ni disembuhkan oleh Allah. amin)

ITP atau idiopathic thrombocytopenic purpura adalah penyakit kekurangan platelet yang disebabkan faktor-faktor yang masih belum diketahui. Ia di bahagikan kepada dua klasifikasi; akut iaitu jika sembuh dalam jangka 6 bulan dan kronik jika penyakit berterusan selama 6 bulan atau lebih.

Penyakit ini berpunca daripada kekurangan sel platelet didalam darah yang berfungsi membantu pembekuan darah. Sebab-sebab berlakunya keadaan ini adalah kehadiran antibodi anti-platelet yang di hasilkan dari limpa. Antibodi anti-platelet ini ialah sejenis protein yang memusnahkan platelet pesakit. Masih tidak di ketahui sebab-sebabnya, namun yang nyata kebanyakan pesakit ada sejarah selsema dan jangkitan virus.

Pendarahan di hidung atau gigi namun kebanyakan pesakit hanya ada tanda-tanda lebam dan petekia di anggota badan.

Bilang sel platelet kurang daripada 15,000/ml. Kajian ke atas tulang sum-sum (bone marrow examination) akan memastikan penyakit ITP. Leukemia dan kegagalan sum-sum (bone marrow failure) hendaklah dibezakan daripada ITP, dan ini hanya dapat dipastikan melalui pemeriksaan sum-sum tulang. Kebanyakan pakar bidang penyakit darah dapat mengenali penyakit ITP melalui sejarah dan rawatan pesakit tanpa perlu pemeriksaan sum-sum tulang.

Komplikasi penyakit ini adalah pendarahan di otak yang berlaku dalam kadar < 1% pesakit dan boleh berlaku bila-bila sahaja. Kajian menunjukkan kemungkinan ini berlaku jika sel platelet kurang daripada 20,000. Namun kebanyakan pesakit tidak mengalami komplikasi ini walaupun sel platelet kurang daripada 20,000.

Tidak ada masalah jangka panjang bagi pesakit ITP kecuali kemungkinan berlakunya pendarahan di gusi mahupun di otak. Juga bagi seorang perempuan ada kemungkinan darah haid yang lebih dari biasa. Kebanyakan pesakit ITP akan pulih sediakala. Bagi pesakit yang di klasifikasi sebagai ITP akut, kebanyakan mereka akan sembuh sepenuhnya. Namun ada juga yang berulang yang ditakrifkan sebagai ‘relapse ITP’ yang biasanya berlaku pada pesakit kronik.

Ada kemungkinan antibodi dari ibu dipindahkan kepada bayi dan ini akan menyebabkan sel-sel platelet berkurangan. Jika terlalu rendah, bayi berisiko tinggi mengalami pendarahan. Walaubagaimanapun keadaan ini akan pulih. Tidak ada umur yang tertentu bagi penyakit ini. Namun kajian mendapati ianya berlaku pada lingkungan umur 4 tahun.

Rawatan penyakit terpulang kepada samada berkomplikasi atau tidak. Bagi kes biasa, perhatian dan nasihat di berikan. Bagi yang berkomplikasi, tambahan darah di perlukan dan steroids, imunoglobulin atau pembedahan membuang limpa mungkin perlu.

Prognosis ITP amat baik. ITP tidak merbahaya kecuali < 1% pesakit yang menghadapi komplikasi. Namun demikian rawatan segera dan prihatin oleh ibubapa di perlukan untuk mengawasi anak mereka.Yang penting, ibubapa pesakit harus diberitahu komplikasi seperti pendarahan di otak (intracerebral bleed) yang mungkin berlaku dari penyakit ini dan pesakit tidak digalakkan bermain secara kasar. Ada juga pakar menasihatkan pesakit memakai topi keledar sekiranya ingin menunggang basikal. Ibubapa harus prihatin dan membawa ke hospital jika keadaan anak merunsingkan. Seperti pendarahan gusi dan lebam-lebam yang berterusan, pening kepala, sawan dan melena (najis berdarah). Penyakit ITP ini juga tidak berjangkit.

MyHotcomments.com