http://www.ikimfm.my/

Wednesday, January 23, 2013

Pengajaran kisah Titik Takdir di Astro Oasis

Jam 9mlm tadi ada disiarkan kisah bertajuk 'Titik Takdir' di Astro Oasis.
Cerita ini mengisahkan seorang anak yg berjaya, datang dari keluarga yg baik akhlaknya, yakni ibu bapa yg tak pernah tinggal solat, dan sentiasa beramal soleh. Anak ini yg merupakan anak sulung telah mati ditikam oleh seorang pemuda yg ingin mencuri dari seorang wanita.

Bapa Amir, pemuda yg mati ditikam, tak dapat terima kematian anaknya, sungguh pun dia adalah seorang yg rajin beribadah.Lalu kes ini telah dihadapkan kemahkamah. Bapa Amir mahu hukuman mati ke atas Haikal, si pembunuh tu. tp Hakim menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara. menyebabkan Bapa Amir menyaman keluarganya si Haikal.

Dalam tempoh itu, asyik memikirkan anaknya yg telah mati, dia mengabaikan 2 lagi anaknya yg masih hidup. isterinya beberapa kali menegurnya tapi sering dimarahi.Bapa Amir keluar mencari keluarga si Haikal, bertemu dgn ibu Haikal, tapi ibu haikal hanya menyatakan anaknya sangat jahat. Tingkah lakunya juga kurang sopan.

Bapa Amir meneruskan pencarian yg tiada matlamat, mengenai keluarga Haikal. Dia bertemu dgn seorang Peniaga restoran, seseorang yg baik budi. Dia telah menceritakan perihal Haikal seorang yg baik, tetapi menjadi mangsa keadaan kerana ibu bapanya tidak mempedulikannya. Sering terbiar lalu lalang dgn mengutip sampah di awasan itu.Dan bermcm2 lagilah yg diceritakan kisah haikal ini.

Ada satu ayat, yg saya tangkap drpd perbualan mereka.Kata Peniaga tersebut "Nyawa anak En. Burhan hanya setakat itu, yg mana telah ditetapkan oleh Allah, Haikal hanyalah menjadi penyebab yg Allah hantar, utk menguji umatnya" ayat ini menyedarkan kita bahawa Allah telah mengaturkan jodoh, pertemuan, ajal, maut di tgnNya sejak awal lg.

Perbualan dgn peniaga tersebut menyedarkan bapa Amir mengenai hidup di dunia ini. Budak2 terbiar yg kurang perhatian dan kasih sayang mmg akan mudah terjebak dgn perbuatan tak elok sampai ke besar. Anak2 yg dapat perhatian seperti anak2nya tentulah berjaya dan menjadi org yg berguna.

Sejak dari itu, dia meminta maaf kepada isteri dan anak-anaknya kerana mengabaikan mereka.Dia juga sering melawat Haikal di penjara dengan niat utk membantu menjadi org yg soleh.Alhamdulillah, Haikal yg keras hatinya akhirnya lembut juga berkat kesabaran bapa Amir. Dia mula menunaikan solat di penjara tersebut.

Kesimpulan pengajaran yang saya dapat:
Allah telah menghantar Haikal kepada Burhan untuk menguji keimanannya dan memberi hidayah agar dia dapat menjadi lebih baik.
Bagi Haikal pula, Allah telah menghantar Amir dan Burhan untuk memberi kesedaran akan segala kesilapan yg dilakukannya untuk berhijrah menjadi seorang yg soleh.

Dimana pun level kita berada, sesungguhnya, kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan sabar dengan segala dugaan yang mendatang.Allah tidak akan membebankan manusia dengan bebanan yg tak dapat dipikul.
Allah yg telah menciptakan kita, Jadi Dia mengetahui apa yg terbaik dalam hidup kita.

andai diri kita diduga dgn perkara yg membuatkan kita terluka, tidak mengapa kita mengalirkan air mata, ianya peneman yg Allah ciptakan utk mengurangkan kesedihan yg ditanggung. Cuma jgn terlalu ikut emosi. Andai terlebih emosi, istighfar byk2.

Saya suka kisah ni, sbb byk sgt kesedaran/pengajaran yg dapat.

Tuesday, January 22, 2013

Petua Terang hati anak2

Salam kawan-kawan,

petang tadi para ibu bapa, termasuklah aku yg ada anak bersekolah di skolah Kebangsaan, pergi ke sekolah walaupun takde sessi petang utk skolah tersebut.

Kita semua pergi sebab ada bantuan awal persekolahan RM100 utk anak-anak yg ada blaja kat sana.smua skolah kerajaan di malaysia ni dapat. cuma kenala ikut turn. aku pergila dgr taklimat td, tp ada satu perkara aku suka. Ucapan dr YB td , ada satu petua. Petua nak bg anak terang hati dan mudah belajar/jawab periksa. iaitu Selawat 19 kali dan hembus pada air minuman (air masak/tapis/mineral)bg anak minum setiap malam sebelum tido. jomlah kita amalkan.inshaAllah, anak-anak akan bijak.

aku ada anak drjah satu. sorang je bersekolah, dptla RM100, bg yg ada 2, dptla RM200, ada 3, RM300, kalo 10 anak bersekolah, menengah dan rendah, RM1,000 woooo. rezki anak2. Maka bolehla beranak ramai-ramai. hehehe

Rezki jgn ditolak, bala jgn ditempah....

Paku di belakang tengkuk

Assalamualaikum,

Siapa percaya pontianak? bila pakukan kat belakang, dia boleh berkawan atau pun berkawin ngan manusia? sebenarnya saya pun tak percaya sgt.... taktau la nak kata camna... byk citer kat tv kan... kot kot la dongeng semata...tapi ada satu cerita tau.

Ayah saya, baru-baru ni, nak pegi brubat ngan org asli kat satu tmpat ni, antara kedah dan perak. org asli tu bglah segala akar kayu yang perlu direbus buat ubat utk diminum sbg ubat gout.sebelum ini, dah bermcm ubat di cuba, tp gout tak hilang. itu yg try yg ni pulak.

Masa kat umah org aslinya, dia buka satu cerita. kat kg dia yg dalam hutan tu, lebih kurang 28km utk sampai kesana dr rumahnya tu, dia ada terjumpa satu budak p'puan berumur 17thn, dia amik bw balik jdkan anak angkatnya.

Dia buat mcm anak sndiri lah, bg makan, minum, pastu ajar mengaji... tapi dalam bacaan Al-Quran... ada satu ayat dia tak boleh langsung nak baca... dan juga ayat
' aa u'zubillahi minasy syaitani rojim ' pun dia tak dapat baca.
(maknanya : aku berlindung dgn Allah drpd syaitan yg direjam)

Masa dia ajar jugak-jugak baca, p'puan ni menjerit-jerit...... diorg pun pegang dia utk tenanngkan dia. baca fatihah, lancar sekali dia baca fatihah... tp bl baca ayat dr surah Al-Qariah, dia menjerit, kat blkg tengkuk ada 3 paku kat situ... pastu dia senyum je, elok je keluar taring dari gigi-giginya. apa lagi, smua ahli keluarga terkejut besar.

Kata org asli ni, langsung dihantar lah ppuan ni balik ke kg org2 asli tersebut kerana dia bukanlah manusia, dia makhluk Allah yg lain, rsnya mak bapak dia duk jg dia, tu yg dia tak baca ayat2 Allah yg tertentu, yg mungkin membuatkan dirinya terbakar andai dibaca.

Setelah dgr ayah bercerita kisah ni, aku rs seram sejuk jugak, rupanya, wujud makhluk Allah yg ada paku di tengkuk utk berkawan ngan manusia kan....tp apa apapun, kita kena ingat Sesungguhnya hanya Allah yg maha berkuasa, tiada lain melainkan Dia sahaja.




Saturday, January 5, 2013

Debaran Temuduga Kerajaan

Assalamualaikum kawan-kawan,

Semoga kawan-kawan semua sihat disamping keluarga dan pekerjaan harian.

Peperiksaan yang lepas aku lulus, alhamdulillah, syukur pada Allah. Jadi, esok pagi, 6 Jan 2013, ahad, aku akan menghadiri temuduga kerajaan di SPA Cawangan Ipoh.Debaran hati ni hanya Allah je la yang tahu. Harapan di hati ini kalau boleh ingin berjaya. Untuk anak-anak dan keluarga.

Semua dah prepare, baju, tudung, kasut, fail, dokumen2 lainnya, cuma soklan2 temuduga yg dah cari kat google tu agak susah la. tp cari jugaklah, bincang ngan mak ayah, tanya kawan2. kalo tanya bab virus, habis aku, dah lupa la pasal malware, spyware nun. kalo tanya pasal programming language lak....huhuhu....cakap apa yg tahu je, visual basic 6, sbb dah buat masa parktikal hari tu..... try la kan..tak rugi mencuba....kalo Allah kata rezeki kita, inshaAllah akan menjadi rezki kita.

Tapi, andaikata sebaliknya, maka haruslah aku redha..... kepada semua yg baca....doakanlah aku berjaya... Terima kasih..