Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
dah lama tangan ini tak menaip dan mencoret pada blog ini. dah lama juga blog ini menyepi. Sejak memasuki alam pekerjaan di sektor kerajaan.
24.3.2013 - Lapor diri di JPA Putrajaya dan terus berkursus di INTIM Terengganu sehingga 29.3.2013
1.4.2013 - Lapor diri di Jabatan Perdana Menteri dan ditempatkan di Seksyen ICT Jabatan Perdana Menteri (kini Bahagian Teknologi Maklumat)
24.11.2015 - Pertukaran diluluskan, Lapor diri di Pejabat SUK Negeri Perak, seminggu kemudian mendapat penempatan di Pejabat Daerah dan Tanah Muallim
8.12.2015 - Lapor diri di Pejabat Daerah dan Tanah Muallim dan bekerja sehingga hari ini dalam jawatan yang sama seperti dulu, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.
sudah hampir 4 tahun di Pejabat Daerah dan Tanah Muallim.
Tuesday, November 19, 2019
Wednesday, January 21, 2015
Motivasi pagi ikim.fm 22/1/2015
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,
Pagi ni masa drive ke opis, on kan radio Ikim. Macam biasa ikim akan membuat slot Motivasi pagi.
saya agak tersentuh dengan cerita Ustaz tu pagi ni.
Kisah seorang budak yang berumo lebih kurang 9 tahun. Selalu datang solat berjemaah di Masjid dalam kesemua lima waktu. Kalo datang pada waktu asar, dia akan datang dengan pakaian sukan.
Setiap hari berulang begitu.
Lalu seorang lelaki yang juga jemaah solat di masjid tersebut pun menyapa dia dan bertanya "Wahai budak, jarang sekali kulihat budak seusia kamu yang rajin bersolat di Masjid. Jadi aku ingin mengetahui mengapa kah kamu rajin sekali menunaikan 5waktu berjemaah di Masjid?"
Budak itu pun menjawab, "Saya bersolat di Masjid ini kerana saya seorang yang miskin, bapa saya hanya lah seorang petani yang menanam kobis sahaja, kalau kobis rosak, lagi perlu saya berjimat"
Lalu terdetik di hati lelaki ini, adakah budak ini mau mencuri duit masjid. tapi dia tetap mendengar penjelasan budak tadi.
Budak itu menyambung, "kawan-kawan saya smua punyai bapa yang kerja hebat-hebat seperti doktor, pegawai kerajaan dan sebagainya, mereka bawa wang belanja ke sekolah Rm5, ada yang RM10, paling kurang pun RM2. Saya hanya bawa RM1 sahaja."
Katanya lagi, "Andai saya sentiasa bersolat di Masjid berjemaah, semoga saya akan kaya di akhirat kelak, dapat membeli segalanya dalam syurga Allah. biarlah di dunia ini mskin, tapi dapat kaya di akhirat.... saya taknak miskin di akhirat."
Maka sangat tersentuhlah lelaki ini mendengar penjelasan budak ini. Beristigfar lah dia kerana telah menyangka buruk.
Semoga kita berjaya mendidik anak2 kita agar bermatlamatkan akhirat dan bukannya duniawi. wallahu a'lam.

Tuesday, July 16, 2013
Minggu pertama Ramadhan......
Sempena Ramadhan yang sedang kita nikmati ibadahnya, saya ucapkan selamat berpuasa kepada smua ummat islam di seluruh dunia....
Hadiah ramadhan yg paling happy adalah anak2 cemerlang dlm pelajaran......dua2 puteri ku dapat straight A, bijak2 anak2. maklumla, nenek ngan tokwan bekas guru.... so dah de guru dalam rumah la.....alhamdulillah...
so minggu ni nak raikan puteri2 ku brsempena juga dgn hari jadi kakak yg ke 7thn.......

Apakah yang meletup itu?
Sabtu lepas, aku dengan sorang rakan drive kereta menuju ke Sg. Buloh.... nak berbuka puasa brsm abg dan familynya. So, kitorang pun atur plan ke sana. Dlm perjalann ke sana, masa nak keluar ke highway dr Putrajaya, tiba2 bunyi meletup 2 kali. aku sangka tayar keta aku. tapi stereng tak bergoyang pun.
Jadi, just buat tak tau, jalan saja............... masa kat highway, ntah mcm mana, stereng brgoyang..... so trpaksala memperlahankan kelajuan..... cuma mengagak yg tayar kena bnda tajam la...... dgn hujan lebatnya, hanya Allah yg tahu betapa resah hati kami.
siap pasang lampu kecemasan lg, pastu call abg.......hujan lebat dgn angin kuat...huhu...dugaan, dugaan...
dipendekkan cerita, sampai kat sana, abg pun bw g ke bengkel kereta, namanya 'bengkel kita'. bagus bengkel ni (takde bayaran dikenakan sbb takde buat repair, just cek je; kedai tayar kat kmtg, masih amik separuh byrn, katanya sbb cek tayar)....... dia cek keta, takde bnda tajam pun..... tp aku brkeras cakap ada letupan kat jalan raya tadi, so dia pun test drive la keta aku. lama gak tunggu.......
pastu dia balik, cakap okay jew smua............ jd aku pun rs pelik....hmmm..... last terasa la malu kerana tak de problem......... trus balik umah abg..... kak iparku siapkn makann, then, kami pun berbuka puasa....
setelah bncg2 ngan keluarga abg....... kitorang pun tak jumpa jawapan..... sampai la hari ni....rs pelik, apakah yg meletup tu.... smua bg andaian, mgkn terlannggar air kotak minuman.....hmm... apakah sebenarnya yg meletup tu?
Wednesday, January 23, 2013
Pengajaran kisah Titik Takdir di Astro Oasis
Jam 9mlm tadi ada disiarkan kisah bertajuk 'Titik Takdir' di Astro Oasis.
Cerita ini mengisahkan seorang anak yg berjaya, datang dari keluarga yg baik akhlaknya, yakni ibu bapa yg tak pernah tinggal solat, dan sentiasa beramal soleh. Anak ini yg merupakan anak sulung telah mati ditikam oleh seorang pemuda yg ingin mencuri dari seorang wanita.
Bapa Amir, pemuda yg mati ditikam, tak dapat terima kematian anaknya, sungguh pun dia adalah seorang yg rajin beribadah.Lalu kes ini telah dihadapkan kemahkamah. Bapa Amir mahu hukuman mati ke atas Haikal, si pembunuh tu. tp Hakim menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara. menyebabkan Bapa Amir menyaman keluarganya si Haikal.
Dalam tempoh itu, asyik memikirkan anaknya yg telah mati, dia mengabaikan 2 lagi anaknya yg masih hidup. isterinya beberapa kali menegurnya tapi sering dimarahi.Bapa Amir keluar mencari keluarga si Haikal, bertemu dgn ibu Haikal, tapi ibu haikal hanya menyatakan anaknya sangat jahat. Tingkah lakunya juga kurang sopan.
Bapa Amir meneruskan pencarian yg tiada matlamat, mengenai keluarga Haikal. Dia bertemu dgn seorang Peniaga restoran, seseorang yg baik budi. Dia telah menceritakan perihal Haikal seorang yg baik, tetapi menjadi mangsa keadaan kerana ibu bapanya tidak mempedulikannya. Sering terbiar lalu lalang dgn mengutip sampah di awasan itu.Dan bermcm2 lagilah yg diceritakan kisah haikal ini.
Ada satu ayat, yg saya tangkap drpd perbualan mereka.Kata Peniaga tersebut "Nyawa anak En. Burhan hanya setakat itu, yg mana telah ditetapkan oleh Allah, Haikal hanyalah menjadi penyebab yg Allah hantar, utk menguji umatnya" ayat ini menyedarkan kita bahawa Allah telah mengaturkan jodoh, pertemuan, ajal, maut di tgnNya sejak awal lg.
Perbualan dgn peniaga tersebut menyedarkan bapa Amir mengenai hidup di dunia ini. Budak2 terbiar yg kurang perhatian dan kasih sayang mmg akan mudah terjebak dgn perbuatan tak elok sampai ke besar. Anak2 yg dapat perhatian seperti anak2nya tentulah berjaya dan menjadi org yg berguna.
Sejak dari itu, dia meminta maaf kepada isteri dan anak-anaknya kerana mengabaikan mereka.Dia juga sering melawat Haikal di penjara dengan niat utk membantu menjadi org yg soleh.Alhamdulillah, Haikal yg keras hatinya akhirnya lembut juga berkat kesabaran bapa Amir. Dia mula menunaikan solat di penjara tersebut.
Kesimpulan pengajaran yang saya dapat:
Allah telah menghantar Haikal kepada Burhan untuk menguji keimanannya dan memberi hidayah agar dia dapat menjadi lebih baik.
Bagi Haikal pula, Allah telah menghantar Amir dan Burhan untuk memberi kesedaran akan segala kesilapan yg dilakukannya untuk berhijrah menjadi seorang yg soleh.
Dimana pun level kita berada, sesungguhnya, kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan sabar dengan segala dugaan yang mendatang.Allah tidak akan membebankan manusia dengan bebanan yg tak dapat dipikul.
Allah yg telah menciptakan kita, Jadi Dia mengetahui apa yg terbaik dalam hidup kita.
andai diri kita diduga dgn perkara yg membuatkan kita terluka, tidak mengapa kita mengalirkan air mata, ianya peneman yg Allah ciptakan utk mengurangkan kesedihan yg ditanggung. Cuma jgn terlalu ikut emosi. Andai terlebih emosi, istighfar byk2.
Saya suka kisah ni, sbb byk sgt kesedaran/pengajaran yg dapat.

Tuesday, January 22, 2013
Petua Terang hati anak2
Salam kawan-kawan,
petang tadi para ibu bapa, termasuklah aku yg ada anak bersekolah di skolah Kebangsaan, pergi ke sekolah walaupun takde sessi petang utk skolah tersebut.
Kita semua pergi sebab ada bantuan awal persekolahan RM100 utk anak-anak yg ada blaja kat sana.smua skolah kerajaan di malaysia ni dapat. cuma kenala ikut turn. aku pergila dgr taklimat td, tp ada satu perkara aku suka. Ucapan dr YB td , ada satu petua. Petua nak bg anak terang hati dan mudah belajar/jawab periksa. iaitu Selawat 19 kali dan hembus pada air minuman (air masak/tapis/mineral)bg anak minum setiap malam sebelum tido. jomlah kita amalkan.inshaAllah, anak-anak akan bijak.
aku ada anak drjah satu. sorang je bersekolah, dptla RM100, bg yg ada 2, dptla RM200, ada 3, RM300, kalo 10 anak bersekolah, menengah dan rendah, RM1,000 woooo. rezki anak2. Maka bolehla beranak ramai-ramai. hehehe
Rezki jgn ditolak, bala jgn ditempah....

Paku di belakang tengkuk
Assalamualaikum,
Siapa percaya pontianak? bila pakukan kat belakang, dia boleh berkawan atau pun berkawin ngan manusia? sebenarnya saya pun tak percaya sgt.... taktau la nak kata camna... byk citer kat tv kan... kot kot la dongeng semata...tapi ada satu cerita tau.
Ayah saya, baru-baru ni, nak pegi brubat ngan org asli kat satu tmpat ni, antara kedah dan perak. org asli tu bglah segala akar kayu yang perlu direbus buat ubat utk diminum sbg ubat gout.sebelum ini, dah bermcm ubat di cuba, tp gout tak hilang. itu yg try yg ni pulak.
Masa kat umah org aslinya, dia buka satu cerita. kat kg dia yg dalam hutan tu, lebih kurang 28km utk sampai kesana dr rumahnya tu, dia ada terjumpa satu budak p'puan berumur 17thn, dia amik bw balik jdkan anak angkatnya.
Dia buat mcm anak sndiri lah, bg makan, minum, pastu ajar mengaji... tapi dalam bacaan Al-Quran... ada satu ayat dia tak boleh langsung nak baca... dan juga ayat
' aa u'zubillahi minasy syaitani rojim ' pun dia tak dapat baca.
(maknanya : aku berlindung dgn Allah drpd syaitan yg direjam)
Masa dia ajar jugak-jugak baca, p'puan ni menjerit-jerit...... diorg pun pegang dia utk tenanngkan dia. baca fatihah, lancar sekali dia baca fatihah... tp bl baca ayat dr surah Al-Qariah, dia menjerit, kat blkg tengkuk ada 3 paku kat situ... pastu dia senyum je, elok je keluar taring dari gigi-giginya. apa lagi, smua ahli keluarga terkejut besar.
Kata org asli ni, langsung dihantar lah ppuan ni balik ke kg org2 asli tersebut kerana dia bukanlah manusia, dia makhluk Allah yg lain, rsnya mak bapak dia duk jg dia, tu yg dia tak baca ayat2 Allah yg tertentu, yg mungkin membuatkan dirinya terbakar andai dibaca.
Setelah dgr ayah bercerita kisah ni, aku rs seram sejuk jugak, rupanya, wujud makhluk Allah yg ada paku di tengkuk utk berkawan ngan manusia kan....tp apa apapun, kita kena ingat Sesungguhnya hanya Allah yg maha berkuasa, tiada lain melainkan Dia sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)