http://www.ikimfm.my/
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Petua Terang hati anak2

Salam kawan-kawan,

petang tadi para ibu bapa, termasuklah aku yg ada anak bersekolah di skolah Kebangsaan, pergi ke sekolah walaupun takde sessi petang utk skolah tersebut.

Kita semua pergi sebab ada bantuan awal persekolahan RM100 utk anak-anak yg ada blaja kat sana.smua skolah kerajaan di malaysia ni dapat. cuma kenala ikut turn. aku pergila dgr taklimat td, tp ada satu perkara aku suka. Ucapan dr YB td , ada satu petua. Petua nak bg anak terang hati dan mudah belajar/jawab periksa. iaitu Selawat 19 kali dan hembus pada air minuman (air masak/tapis/mineral)bg anak minum setiap malam sebelum tido. jomlah kita amalkan.inshaAllah, anak-anak akan bijak.

aku ada anak drjah satu. sorang je bersekolah, dptla RM100, bg yg ada 2, dptla RM200, ada 3, RM300, kalo 10 anak bersekolah, menengah dan rendah, RM1,000 woooo. rezki anak2. Maka bolehla beranak ramai-ramai. hehehe

Rezki jgn ditolak, bala jgn ditempah....

Wednesday, July 8, 2009

Tips on Choosing Books for Children

Creating a book collection with plenty of variety will make reading with children enjoyable and will open their eyes to new ideas about the world around them.

select books which:
-> have print large enough for children to follow along as you read
-> introduce new experiences
-> celebrate the sounds of language by using rhymes, catchy phrases, or silly sounds.
-> Have illustrations or photographs that would catch children's imagination and help them understand the text.
-> introduce children to different cultures and ways of life.
-> represent different races, genders, ages, abilities
-> Have relatioships in the story that encourage positive interactions, such as cooperation and problem solving.

Friday, July 3, 2009

Antara pemakanan yg boleh diambil panduan

1. sekiranya memakan lobak merah berlebihan akan menyebabkan sembelit

2. jika vitamin C berlebihan boleh menyebabkan cirit birit

3. sekiranya makan pisang berlebihan, boleh menyebabkan kegemukan

4. memakan oat boleh mengurangkan kolestrol, seterusnya megelakkan penyakit jantung (elakkan saluran tersumbat dgn kolestrol)

5. Vitamin A berlebihan menyebabkan keguguran rambut

6. minyak buah keras, boleh melebatkan rambut, sekiranya rajin sapu di kepala, janggut atau misai.elakkan sapu diketiak,nanti entah apa hutan jadi kang.

7. makan langsat bg ibu yg baru melahirkan anak, nanti sakit urat, kaki ke tangan ke, perut ke.kadang2 anak dag 6-setahun pun, kalo makan langsat boleh sebabkan sakit urat.

8. asam jawa campur sedikit air dan disapu pada tengkuk boleh mengurangkan sakit tekak.boleh juga menghilangkan parut sekiranya rajin di sapu pada tempat parut tersebut.

9. minum air dalam kulit durian, boleh menyejukkan badan setelah makan durian yg banyak.(durian kan buah yg panas)

10. minum teh limau panas(guna limau nipis) boleh mengurangkan selsema.amalkan 3hari (2X dlm sehari), insyaallah, semua hingus akan keluar.

Thursday, June 18, 2009

Petua Dapur

Hindari Kumbang Beras
- letakkan 7 hingga lapan tangkai cili kering kedalam tempat menyimpan beras, cili kering itu hendaklah di timbus ke dalam beras.

Melembutkan daging
- ambil sekumit akar daun pandan dan rebus sekali dengan daging, ini akan mempercepatkan proses daging menjadi lembut

mengelakkan pedih mata semasa potong bawang
- gunakan pisau yg tajam dan nipis,mengelakkan daripada anda 'memerah' bawang semasa memotongnya.atau
- cucuk tengah bawang dengan pisau, sebelum memotongnya

membersihkan minyak gorengan
- jika anda menghadapi masalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan ke dalam kuali bersama dengan bahan gorengan anda,asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda dan hasilnya anda akan dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali

mengelakkan ikan digoreng terlekat pada kuali
- masukkan sekeping asam keping kedalam kuali semasa ikan sedang di goreng, insyallah, ikan itu takkan melekat pada kuali

mengelakkan telur rebus pecah semasa direbus
- masukkan asam keping bersama sama dengan telur yang sedang direbus


MyHotcomments.com