http://www.ikimfm.my/
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Apakah yang meletup itu?

Sabtu lepas, aku dengan sorang rakan drive kereta menuju ke Sg. Buloh.... nak berbuka puasa brsm abg dan familynya. So, kitorang pun atur plan ke sana. Dlm perjalann ke sana, masa nak keluar ke highway dr Putrajaya, tiba2 bunyi meletup 2 kali. aku sangka tayar keta aku. tapi stereng tak bergoyang pun.

Jadi, just buat tak tau, jalan saja............... masa kat highway, ntah mcm mana, stereng brgoyang..... so trpaksala memperlahankan kelajuan..... cuma mengagak yg tayar kena bnda tajam la...... dgn hujan lebatnya, hanya  Allah yg tahu betapa resah hati kami.

siap pasang lampu kecemasan lg, pastu call abg.......hujan lebat dgn angin kuat...huhu...dugaan, dugaan...

dipendekkan cerita, sampai kat sana, abg pun bw g ke bengkel kereta, namanya 'bengkel kita'. bagus bengkel ni (takde bayaran dikenakan sbb takde buat repair, just cek je; kedai tayar kat kmtg, masih amik separuh byrn, katanya sbb cek tayar)....... dia cek keta, takde bnda tajam pun..... tp aku brkeras cakap ada letupan kat jalan raya tadi, so dia pun test drive la keta aku. lama gak tunggu.......

pastu dia balik, cakap okay jew smua............ jd aku pun rs pelik....hmmm..... last terasa la malu kerana tak de problem......... trus balik umah abg..... kak iparku siapkn makann, then, kami pun berbuka puasa....

setelah bncg2 ngan keluarga abg....... kitorang pun tak jumpa jawapan..... sampai la hari ni....rs pelik, apakah yg meletup tu.... smua bg andaian, mgkn terlannggar air kotak minuman.....hmm... apakah sebenarnya yg meletup tu?

Tuesday, January 22, 2013

Petua Terang hati anak2

Salam kawan-kawan,

petang tadi para ibu bapa, termasuklah aku yg ada anak bersekolah di skolah Kebangsaan, pergi ke sekolah walaupun takde sessi petang utk skolah tersebut.

Kita semua pergi sebab ada bantuan awal persekolahan RM100 utk anak-anak yg ada blaja kat sana.smua skolah kerajaan di malaysia ni dapat. cuma kenala ikut turn. aku pergila dgr taklimat td, tp ada satu perkara aku suka. Ucapan dr YB td , ada satu petua. Petua nak bg anak terang hati dan mudah belajar/jawab periksa. iaitu Selawat 19 kali dan hembus pada air minuman (air masak/tapis/mineral)bg anak minum setiap malam sebelum tido. jomlah kita amalkan.inshaAllah, anak-anak akan bijak.

aku ada anak drjah satu. sorang je bersekolah, dptla RM100, bg yg ada 2, dptla RM200, ada 3, RM300, kalo 10 anak bersekolah, menengah dan rendah, RM1,000 woooo. rezki anak2. Maka bolehla beranak ramai-ramai. hehehe

Rezki jgn ditolak, bala jgn ditempah....

Paku di belakang tengkuk

Assalamualaikum,

Siapa percaya pontianak? bila pakukan kat belakang, dia boleh berkawan atau pun berkawin ngan manusia? sebenarnya saya pun tak percaya sgt.... taktau la nak kata camna... byk citer kat tv kan... kot kot la dongeng semata...tapi ada satu cerita tau.

Ayah saya, baru-baru ni, nak pegi brubat ngan org asli kat satu tmpat ni, antara kedah dan perak. org asli tu bglah segala akar kayu yang perlu direbus buat ubat utk diminum sbg ubat gout.sebelum ini, dah bermcm ubat di cuba, tp gout tak hilang. itu yg try yg ni pulak.

Masa kat umah org aslinya, dia buka satu cerita. kat kg dia yg dalam hutan tu, lebih kurang 28km utk sampai kesana dr rumahnya tu, dia ada terjumpa satu budak p'puan berumur 17thn, dia amik bw balik jdkan anak angkatnya.

Dia buat mcm anak sndiri lah, bg makan, minum, pastu ajar mengaji... tapi dalam bacaan Al-Quran... ada satu ayat dia tak boleh langsung nak baca... dan juga ayat
' aa u'zubillahi minasy syaitani rojim ' pun dia tak dapat baca.
(maknanya : aku berlindung dgn Allah drpd syaitan yg direjam)

Masa dia ajar jugak-jugak baca, p'puan ni menjerit-jerit...... diorg pun pegang dia utk tenanngkan dia. baca fatihah, lancar sekali dia baca fatihah... tp bl baca ayat dr surah Al-Qariah, dia menjerit, kat blkg tengkuk ada 3 paku kat situ... pastu dia senyum je, elok je keluar taring dari gigi-giginya. apa lagi, smua ahli keluarga terkejut besar.

Kata org asli ni, langsung dihantar lah ppuan ni balik ke kg org2 asli tersebut kerana dia bukanlah manusia, dia makhluk Allah yg lain, rsnya mak bapak dia duk jg dia, tu yg dia tak baca ayat2 Allah yg tertentu, yg mungkin membuatkan dirinya terbakar andai dibaca.

Setelah dgr ayah bercerita kisah ni, aku rs seram sejuk jugak, rupanya, wujud makhluk Allah yg ada paku di tengkuk utk berkawan ngan manusia kan....tp apa apapun, kita kena ingat Sesungguhnya hanya Allah yg maha berkuasa, tiada lain melainkan Dia sahaja.




Saturday, January 5, 2013

Debaran Temuduga Kerajaan

Assalamualaikum kawan-kawan,

Semoga kawan-kawan semua sihat disamping keluarga dan pekerjaan harian.

Peperiksaan yang lepas aku lulus, alhamdulillah, syukur pada Allah. Jadi, esok pagi, 6 Jan 2013, ahad, aku akan menghadiri temuduga kerajaan di SPA Cawangan Ipoh.Debaran hati ni hanya Allah je la yang tahu. Harapan di hati ini kalau boleh ingin berjaya. Untuk anak-anak dan keluarga.

Semua dah prepare, baju, tudung, kasut, fail, dokumen2 lainnya, cuma soklan2 temuduga yg dah cari kat google tu agak susah la. tp cari jugaklah, bincang ngan mak ayah, tanya kawan2. kalo tanya bab virus, habis aku, dah lupa la pasal malware, spyware nun. kalo tanya pasal programming language lak....huhuhu....cakap apa yg tahu je, visual basic 6, sbb dah buat masa parktikal hari tu..... try la kan..tak rugi mencuba....kalo Allah kata rezeki kita, inshaAllah akan menjadi rezki kita.

Tapi, andaikata sebaliknya, maka haruslah aku redha..... kepada semua yg baca....doakanlah aku berjaya... Terima kasih..

Thursday, October 4, 2012

Jam 3 pagi

Salam kawan-kawan, skrg jam sudah 3 pagi.
tak tido lagi sbb duk buat keje lom siap.esok nak hantar. so aku benti kejap tulis blog. tadi layan fb jap.

Lepas hantar keje esok, semua la keje2 lelong rumah n warne plan yg aku buat tu. sbbnya ptg esok, nak pegi KL, bapa sedara baru lepas operation by pass, aku berdoa smoga dia selamat sihat sebelum, semasa dan selepas pembedahan.amin.

aku juga berdoa supaya anak saudaraku yg berumur 6thn itu juga sihat dr penyakit kekurangan darah merah. abg aku cakap ITP.aku pun tak tau, tp harapan ku agar dia sihat. Aku sayangggg sgt diorg, darah daging aku gak tu.

alhamdulillah aku diberi kesihatan yg baik oleh Allah.esok bolehla aku drive ke KL, ayah suka ngantuk bl bawa keta. so, nasib baik aku dah boleh drive keta.tima kasih pada ayah yang telah memberi byk sumbangan dlm kejayaan anaknye.hehehee....lebih2 plak ek. sesekali...huhu

Oklah, semoga perjalann kami ke KL esok dipermudahkan Allah.amin.

Saturday, September 29, 2012

Pengalaman memasuki peperiksaan kerajaan

Salam kawan-kawan,

hari aku selesai menduduki peperiksaan kerajaan F29, penolong pegawai teknologi maklumat. ramai betul calon-calon yang hadir. merasa diri begitu kerdil.hehehe.

best gak, aku pun tak penah lalui exam gomen ni. dari pukul 9pagi sampai pukul 12 lebih dengan 3 paper. tapi paper akhir "penaasiran personaliti" tu dahsyat soalan nya. sampai 185 soalan.masa lebih kurang sejam kot, aku pun tak ingat.

selalunya exam gomen ni PTD je, jawatan F29 pun ada gak ek examnye. mesti semua calon2 berdebar menanti result yang bakal keluar 3.11.2012 ni kan. Semoga berjaya lah kepada semua calon2 tu. aku pun debar gak nak tunggu result nye.

tapi bak kata ayah, usahlah terlalu mengharap kepada duniawi kerana ianya bersifat sementara. kejarlah akhirat, kerana andai kita mengejar akhirat, dunia akan mengikut kita. so, andai aku berjaya dalam exam ni, aku amatlah bersyukur kepada Allah. tetapi andai sebaliknya berlaku, aku redha dengan ketentuannya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

p/s: tapi hati rasa nak la berjaya. cuma pujuk diri, jgn harap sgt.

MyHotcomments.com