http://www.ikimfm.my/
Showing posts with label Husband and Wife. Show all posts
Showing posts with label Husband and Wife. Show all posts

Saturday, May 8, 2010

Maklumat penting buat ibu bapa dan pengasuh bayi

General Info.....



Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG PENYAYANG... ..

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Thursday, July 2, 2009

Menawan hati isteri

Bagi lelaki, adakalanya mereka sukar menelah isi hati wanita yang pernah menjadi kekasihnya dan kini muncul sebagai suri dalam hidup insan bernama suami.

Hakikatnya, mengenali hati wanita bukan payah kalau anda tahu ‘kuncinya’. Bahkan isteri bukan mendambakan yang hebat-hebat atau sesuatu yang bertaraf eksklusif semata-mata.

Cukup sekadar biasa saja, tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih yang mendalam oleh suami, pasti hatinya berbunga gembira.
Panduan berikut mungkin mampu menjadi amalan anda untuk isteri tercinta supaya keutuhan cinta terus bertahan lama. Jika anda mampu mendalaminya, pasti anda menjadi lelaki yang paling disanjungi isteri.
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan ‘I love you’. Gunakan teknologi yang ada kini sepenuhnya. Sering menelefon atau menghantar e-mel untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.

Bagi wanita, walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ia sangat berharga dan rasa begitu bahagia menerimanya.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Apabila keluar daerah, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang anda sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumah tangga dan pendidik.

7. Berbincang dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri. Berkongsi masalah dengan mereka, sekurang-kurangnya membuatkan mereka rasa penting dalam diri anda.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri jika dia bertentangan pendapat dengan orang lain, tetapi perlulah secara rasional. Sekiranya pendapat isteri salah, betulkan.

10. Urut isteri dari semasa ke semasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita serta masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang apabila di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh bila berjalan.

14. Apabila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Apabila makan di luar, jangan harapkan isteri saja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar apabila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri daripada orang lain di khalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda daripada anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi dan jam. Kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Apabila Aidilfitri tiba, jangan beri duit raya kepada anak-anak saja, tetapi beri juga kepada isteri.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutama daripada yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka.

23. Jangan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi.

24. Jangan kedekut memberi pujian kerana mereka berhak menerima pujian.

25. Wanita juga ada ego terselit di celah kelembutan mereka. Apabila mereka rasa terancam atau tercabar, lahirlah sifat marah, cemburu dan cepat merajuk.

Masalah timbul bila mereka suka memendam perasaan dan ‘meletup’ suatu hari. Tetapi sebagai lelaki, usah sama-sama meletup. Cuba selesaikan masalah dalam keadaan terkawal dan fikir secara positif misalnya, mencari punca wanita cemburu atau marah.

Wednesday, July 1, 2009

Menawan hati suami

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Bagaimanapun, ianya sekadar panduan untuk dikongsi bersama terutama bagi bakal-bakal isteri…

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

8. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

10. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

11. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.

12. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

14. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

15. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

16. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh dan gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

17. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

18. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

19. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

20. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

21. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya “Abang nak minum air apa?” atau ” Abang nak minum ke?” Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.

22. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

23. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.

24. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai) Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa: – tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

25. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi ” dating” atau ” berbulan madu” sekali sekala. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau “pulangkan paku buah keras “.

26. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

27. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal.

MyHotcomments.com