http://www.ikimfm.my/
Showing posts with label Stories. Show all posts
Showing posts with label Stories. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Pengajaran kisah Titik Takdir di Astro Oasis

Jam 9mlm tadi ada disiarkan kisah bertajuk 'Titik Takdir' di Astro Oasis.
Cerita ini mengisahkan seorang anak yg berjaya, datang dari keluarga yg baik akhlaknya, yakni ibu bapa yg tak pernah tinggal solat, dan sentiasa beramal soleh. Anak ini yg merupakan anak sulung telah mati ditikam oleh seorang pemuda yg ingin mencuri dari seorang wanita.

Bapa Amir, pemuda yg mati ditikam, tak dapat terima kematian anaknya, sungguh pun dia adalah seorang yg rajin beribadah.Lalu kes ini telah dihadapkan kemahkamah. Bapa Amir mahu hukuman mati ke atas Haikal, si pembunuh tu. tp Hakim menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara. menyebabkan Bapa Amir menyaman keluarganya si Haikal.

Dalam tempoh itu, asyik memikirkan anaknya yg telah mati, dia mengabaikan 2 lagi anaknya yg masih hidup. isterinya beberapa kali menegurnya tapi sering dimarahi.Bapa Amir keluar mencari keluarga si Haikal, bertemu dgn ibu Haikal, tapi ibu haikal hanya menyatakan anaknya sangat jahat. Tingkah lakunya juga kurang sopan.

Bapa Amir meneruskan pencarian yg tiada matlamat, mengenai keluarga Haikal. Dia bertemu dgn seorang Peniaga restoran, seseorang yg baik budi. Dia telah menceritakan perihal Haikal seorang yg baik, tetapi menjadi mangsa keadaan kerana ibu bapanya tidak mempedulikannya. Sering terbiar lalu lalang dgn mengutip sampah di awasan itu.Dan bermcm2 lagilah yg diceritakan kisah haikal ini.

Ada satu ayat, yg saya tangkap drpd perbualan mereka.Kata Peniaga tersebut "Nyawa anak En. Burhan hanya setakat itu, yg mana telah ditetapkan oleh Allah, Haikal hanyalah menjadi penyebab yg Allah hantar, utk menguji umatnya" ayat ini menyedarkan kita bahawa Allah telah mengaturkan jodoh, pertemuan, ajal, maut di tgnNya sejak awal lg.

Perbualan dgn peniaga tersebut menyedarkan bapa Amir mengenai hidup di dunia ini. Budak2 terbiar yg kurang perhatian dan kasih sayang mmg akan mudah terjebak dgn perbuatan tak elok sampai ke besar. Anak2 yg dapat perhatian seperti anak2nya tentulah berjaya dan menjadi org yg berguna.

Sejak dari itu, dia meminta maaf kepada isteri dan anak-anaknya kerana mengabaikan mereka.Dia juga sering melawat Haikal di penjara dengan niat utk membantu menjadi org yg soleh.Alhamdulillah, Haikal yg keras hatinya akhirnya lembut juga berkat kesabaran bapa Amir. Dia mula menunaikan solat di penjara tersebut.

Kesimpulan pengajaran yang saya dapat:
Allah telah menghantar Haikal kepada Burhan untuk menguji keimanannya dan memberi hidayah agar dia dapat menjadi lebih baik.
Bagi Haikal pula, Allah telah menghantar Amir dan Burhan untuk memberi kesedaran akan segala kesilapan yg dilakukannya untuk berhijrah menjadi seorang yg soleh.

Dimana pun level kita berada, sesungguhnya, kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan sabar dengan segala dugaan yang mendatang.Allah tidak akan membebankan manusia dengan bebanan yg tak dapat dipikul.
Allah yg telah menciptakan kita, Jadi Dia mengetahui apa yg terbaik dalam hidup kita.

andai diri kita diduga dgn perkara yg membuatkan kita terluka, tidak mengapa kita mengalirkan air mata, ianya peneman yg Allah ciptakan utk mengurangkan kesedihan yg ditanggung. Cuma jgn terlalu ikut emosi. Andai terlebih emosi, istighfar byk2.

Saya suka kisah ni, sbb byk sgt kesedaran/pengajaran yg dapat.

Saturday, September 29, 2012

Rumahtangga yang terbalik

"Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari". Antara perumpamaan yang boleh di kaitkan dengan rumahtangga yg bermasalah.

Dulu aku pernah terbaca, antara tanda-tanda akhir zaman adalah isteri menyara suami. pendek kata, suami ni malas keje, bini duk bela..... ayat senang paham. tapi aku tak penah la jumpa kes macam ni. slalunya ada kat dalam akhbar je.

Realitinya wujud perkara sebegini..... adala info yg aku dapat...... daripada pengalaman-pengalaman org yg citer pasal ni. ada yg jenis malu untuk bercerai, nanti mnjadi bualan masyarakat tempatan, so dia truskan tanggung suami. ada yang sanggup tanggung suami sampai anak berderet2, sampai bermadu, dia still menanggung perbelanjaan keluarga. wanita ni aku kira memang seorang yang tabah, sabar, cekal hati dan kuat bekerja. aku respect la. bukan senang nak jadi macam tu. tapi di akhirat esok, suami dia taktau, tanggung la dosa sebab tak cari nafkah betul buat keluarga. alangkah bahagia la kalo si isteri meredhai duit dia bagi kat suami. tapi t/jawab suami tu, ha! antara suami dan Allah ta'ala la. jawab la sendiri.

Apa yang aku belaja dalam islam, duit suami merupakan duit isteri, manakala duit isteri, bukan duit suami. suami takde hak nak ambil tau. kecuali isteri bagi je.t/jwb bagi makan, pakai, tmpat tinggal, adalah t/jwb suami. haish!!! macam mana plak sesetengah suami boleh kata, " dah aku bagi isteriku kerja, dia kenala bagi duit kat aku".... aku pikir ini adalah kejahilan suami la....... pandai nak kawin tp bodoh agama......... letih tul!! huh!

Tapi mungkin dunia dah sampai ke penghujungnya la kot, sbb itu la ramai sangat dah rumahtangga dimana isteri yang menyara keluarga, bukan suami nya. Jadi marilah kita kejar akhirat kerana dunia akan mengikut kita....... wallahua'lam.


Thursday, March 4, 2010

cerpen : isteriku nurjannah

*baca berapa banyak kali pun cerita ni,tetap best....untuk peringatan supaya tidak terlalu mengikut perasaan dan bersyukur dengan apa yang ada.nafsu bukannya boleh dihilangkan tetapi perlu dikawal.untuk mengawalnya adalah suatu cabaran yang kuat lebih besar daripada Perang Badar......


Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang. Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling selesai.

Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik. Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah.

Mungkin juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya. Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah saudara mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka.

Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya. Cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu. Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah.

Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan. Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurjannah.

Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke pasar.

Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya, Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya. Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah. Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak.

Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu.

Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggeleng kepala.

Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain. Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra, mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah.

Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading. Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor, Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pula pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari lagi. Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya.

Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk berlaku adil.! Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak cili padi. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut.

Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita. Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di samping Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku. Aku terpempan. Terkedu. Hilang sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi.

Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya. "Bang, lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh melakukannya sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai
belati menghiris hati.

Rasanya ingin gugur air mata lelakiku. Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah, barang kali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang yang dikasihi..

"Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa, mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal mak cik Normi
sorang-sorang."

"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi," pintasku cuba melerai kekusutan yang membelit diri.
"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka. Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku. Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.

Thursday, January 7, 2010

Kisah Keberkatan hidup dalam keluarga

KISAH 1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan. Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya …
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.
KISAH 2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Friday, October 16, 2009

Accident motor dan kereta

Ada satu kisah,Seorang perempuan bersama anak sulungnya dan seorang penunggang motor.
Perempuan ini namanya R,penunggang motor ini namanya M.Perempuan ini tiap tiap hari akan berlatih memandu kereta kerana ingin memandu ke tempat kerja.Dia bimbang menyusahkan rakan sekerjanya kerana hari hari terpaksa menumpang utk ke tempat kerja.
Satu hari, dia merasakan, dia sudah mampu untuk drive ke tempat kerja.

Pada pagi esoknya, dia pun teruslah memandu ke tempat kerja,sangat selesa kerana tak perlu menyusahkan orang lain.balik dari kerja pun, dia masih lagi selesa, mengambil anak dari rumah pengasuh dan kemudian balik rumah.

petang itu, ada kerja yang belum selesai ditempat kerja dia pun pergi semula ke sana bersama dengan anak sulungnya, setelah selesai, dia pun terus balik. semasa balik dari tempat kerja, anaknya meminta susu botol yang ada di atas seat depan, dengan biasa sahaja, dia pun mengambil dan menghulurkan pada anaknya.

Sampai di persimpangan, dia mengerling ke arah jam kereta, kemudian terus je memandu kereta tersebut.Dengan tak disangka sangka, seorang penunggang motor awal 40-an, keluar dari simpang sebelah kiri R dan menyeberang ke arah kanan R.Lalu R yang baru sahaja memandu keretanya, menjadi sangat panik sehingga tidak mampu mengawal pemanduannya terus merempuh belakang motor penunggang tersebut.tetapi dia sempat juga menekan brek keretanya, malangnya pakcik M tadi jatuh juga.

Dalam keadaan begini, siapakah yang bersalah? kalo ikutkan undang2 jalan raya, orang dijalan besar adalah priority,org yang disimpang kena menunggu dulu.R ingin memandu straight di jalan besar tersebut, manakala M tak sabar nak melintas.

M mengalami sedikit cedera(tercalar) dibahagian dadanya dan lututnya, R dan anaknya tidak mengalami apa2 kecederaan.motor Lelaki M telah dibaiki oleh pihak perempuan R.manakala kereta perempuan R, baru dihantar ke bengkel, kerana baru dapat spare part.setelah itu,Lelaki M meminta 500 ringgit gantirugi cermin matanya yang pecah dan dadanya yang sakit.

pada pendapat pembaca sekalian siapakah yang bersalah? apakah patut wanita R tadi membayar gantirugi tersebut? sedangkan kos utk membaiki keretanya mencecah seribu ringgit.kos baiki motornya hanya 100 ringgit lebih.

pandangan anda amat dialukan.

Wednesday, July 1, 2009

Kisah lucu 3 kura kura



"Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi bekelah bersama sama.

Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut.

Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan.
Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kekura I : "ERmmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik
payung. Siapa yang nak pegi ni?"

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal
mengkanan ni semua."

Kekura I & II : "Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang."

Kekura III : "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 3 jam ??"

Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "3 hari ???"

Kekura I & II :"Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "5 hari???? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "1 minggu? "

Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "2 minggu?"

Kekura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."
!!!!!!! nko pegi jek lah"

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun
berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan
seminggu telah berlalu. Kekura III tak jugak balik balik. Setelah dua
minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah "

Kekura II : "Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih
mengkanan ni"

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru " Hoii
!!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau
tak sure nkorang abiskan mengkanan ni kan kan????!!!!!!!!"

Wednesday, June 24, 2009

suami curang: derita isteri

Setelah berkahwin hampir 10 tahun dengan mempunyai 4 cahayamata, suami telah membongkar isi hatinya. Suami yang suatu masa dahulu pernah berjanji untuk sehidup semati, memberitahu bahawa dia mencintai seorang wanita yang lebih muda, seorang kawan di pejabatnya.

Saat mendengarkan pengakuan kecurangan suami, saya menangis teresak-esak. Sanggup dia memperlakukan perkara seperti itu kepada saya, setelah banyak sungguh pengorbanan dicurahkan.

Memang diakui, setelah melahirkan 4 anak, bentuk badan dan paras rupa mula berubah, namun bolehkah itu dijadikan alasan? Atau sememangnya kaum lelaki memang penuh dengan alasan?

Saya menyatakan pendirian bahawa saya lebih rela diceraikan daripada di madu. Mungkin sayangnya pada saya telah tiada, tetapi kasih kepada anak-anak masih menebal. Keranan itu, pada anggaran saya dia telah berjanji untuk melupakan wanita itu dan cuba membahagiakan kami, anak dan isteri.

Namun, saya seakan-akan masih dihantui dengan kejadian ini. Saya mula membayangkan bahawa dia bukan lagi suami yang saya kenal. Mula membayangkan yang bukan-bukan. Membayangkan ketika saat berada di rumah, dia sebenarnya teringatkan wanita itu. Ketika memandang wajah saya, dia membayangkan wanita itu. Ketika bersama saya, dia membayangkan bersama wanita itu.

Adakah saat saya melahirkan anak-anak dia membayangkan wanita itu?

Saya cuba melupakan dan bersungguh-sungguh bertahan demi anak-anak, namun saya gagal. Saya berani berkata bahawa saya bukan setakat sudah hilang cinta dan sayang pada suami, malahan kebencian turut menebal. SAYA INGIN DIA MELEPASKAN SAYA!!

Apakah lojik semua ini, minta diceraikan? Mampukah saya membesarkan anak-anak sendirian? Adakah anak-anak akan menyalahkan saya kerana memisahkan mereka dari ayah? Bukankah saya juga berhak untuk hidup bahagia?

p/s: kesian penulis ini, suami sepatutnya menyelami perasaan seorang isteri yg ingin hidup bahagia

anak2 ujian bg seorang ibu

bismillah
Sesuatu untuk dikongsi....

Pada hari Jumaat, tanggal 29 Mei yang lalu, sekali lagi saya diuji oleh Allah SWT. Apa yg berlaku itu terlalu sukar untuk dilupakan. Kejadian itu benar-benar menyentuh hati saya sebagai ibu, juga sebagai hamba kepada Khaliq Yang Agung....

Ketika mengambil si kecil di taska, saya dimaklumkan oleh pengasuh bahawa dia demam. Patut lah dia menangis sejurus selepas saya keluar dari kereta sambil melambai-lambaikan tangan kepadanya. Apabila saya meletakkan tangan ke dahinya,memang teramat panas sekali. Sepanjang usianya yang belum mencecah 3 tahun itu, baru kali inilah saya merasakan kepanasan yang terlalu tinggi pada tubuhnya. Namun dia masih lagi mampu berjalan dan bermain ketika itu. Saya juga dimaklumkan bahawa dia telah muntah sebelum itu. Saya mengambilnya dan terus ke kereta. Ketika itu jam sudah hampir 6:30pm. Suami menelefon dan saya sempat menceritakan keadaan si kecil. Sambil berbual (saya memberhentikan kereta di tepi jalan), saya perhatikan anak saya seperti terlalu mengantuk. Dia seperti orang yg sedang khayal dengan mata yang sekejap terpejam dan sekejap terbuka. Saya bertanya kepadanya, "Adik nak tido ke?". Dia menjawab, "Takkk".

Setelah tamat perbualan bersama suami, saya terus ke sekolah agama untuk mengambil anak yg sulung. Apabila tiba sahaja di sekolah, saya mengunci kereta dan membawa si kecil ke kedai untuk membeli sebotol air mineral bagi membasuh muka serta kepalanya agar dapat menurunkan suhu badan. Belum sempat saya membuat pembayaran, dia telah pun muntah di kedai tersebut. Saya terus membersihkan mukanya serta membasahkan kepalanya. Ketika itu juga, anak yg sulung telah hampir kepada kami dan saya bergegas membawa anak-anak pulang. Di dalam perjalanan, saya lihat si kecil terlalu lemah. Dia terlena. Saya sempat bertanyakan pendapat suami untuk membawanya ke klinik. Suami bersetuju dan saya meneruskan perjalanan ke klinik yang berdekatan dgn rumah kami. Di klinik, doktor mengatakan bahawa suhu badannya mencecah ke 40 deg C. Lantas, doktor memasukkan ubat melalui duburnya agar suhu badannya turun dgn cepat....

Saya merasa sedikit lega dgn keadaannya. Saya berkata kepada yg sulung bahawa saya perlu singgah ke pasar malam untuk mencari keperluan dapur serta juadah untuk kami makan malam. Saya tinggalkan mereka di dalam kereta bersama salah sebuah telefon bimbit saya, dengan harapan agar yg sulung dapat menelefon saya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini (Saya berdoa agar tidak berlaku perkara sebegitu). Saya membeli juadah makan malam terlebih dahulu. Tiba-tiba telefon bimbit saya berdering. Anak saya menelefon. Hati saya mula berdebar-debar. Mujurlah dia menelefon hanya untuk meminta kebenaran untuk menghantar mesej kepada guru tusyennya. Saya sempat bertanyakan keadaan adiknya. "Adik OK", kata si abang. Saya meneruskan urusan mencari keperluan. Oleh kerana tangan saya sarat dengan barangan, terdetik di hati ini untuk ke kereta bagi menghantar barangan yang telah saya beli di samping untuk menjenguk si kecil. Saya berniat untuk membeli barangan dapur setelah itu.

Apabila membuka sahaja pintu kereta (pemandu) untuk meletak beg tangan saya di sebelah, saya terkejut dengan jeritan si abang. "Ibuuu, adiiik! Ibuuuu, adiiikkkk! Tengok adik buuu...". Saya menoleh ke belakang. Dalam masa yang sama, anak saya yg sulung keluar dari pintu kereta dlm keadaan histeria! Oleh kerana waktu itu sudah melepasi jam 7:00 malam, saya tidak dapat melihat dgn jelas apa yang berlaku pada anak kecil itu. Saya cuma terkejut dgn jeritan si abang. Saya menutup pintu kereta, beg-beg plastik masih lagi di tangan saya. Lantas saya berpusing ke belakang kereta dan sempat menjerit ke arah abg. Saya sendiri kebingungan dengan kelakuannya. Saya katakan, "Syahmy!" Syahmy nak biar adik sorang-sorang je ke? Ya Allah...", sambil membuka pintu kereta belakang (sebelah kiri). Saya benar-benar terkejut apabila melihat keadaan si kecil yang menggelupur kaki dan tangan dengan mata yang terbeliak ke atas. "Astaghfirullah, adik.... Ya Allah.. Kenapa ni dik...?" Hanya itu yang mampu saya ucapkan ketika itu. Saya mencampakkan beg-beg plastik berisi barangan dari pasar malam ke dalam kereta. Saya terus memeluk si kecil. Saya tahu saya kena berfikir dan bertindak pantas ketika itu. Saya katakan pada yang sulung agar menutup pintu kereta serta menguncinya. Saya juga meminta dia mengambil beg duit saya yang berada di dalam beg tangan. Apa yang terlintas di fikiran saya ialah untuk membawa anak saya kembali ke klinik. Saya merasakan saya tidak mampu memandu kereta ketika itu memandangkan si abang yang masih lagi ketakutan serta keadaan si adik yang sangat memerlukan dakapan saya. Saya nekad berlari ke klinik! Saya meminta si abang untuk ke klinik terlebih dahulu dan memberitahu doktor akan kedatangan kami (saya anggarkan jaraknya hampir 150m dari tapak pasar malam).

Untuk kembali ke klinik, saya terpaksa melalui kawasan pasar malam yang dipenuhi dengan orang ramai. Saya sedar ramai yang terpinga-pinga memerhatikan keadaan saya ketika itu. Saya benar-benar mengharapkan pertolongan dari Allah SWT. Saya menggendong anak saya rapat ke dalam pelukan saya. Kepalanya di sebelah kanan badan saya. Kalimah La ila ha illallah dan syahadah tidak henti-henti saya bisikkan ke telinganya. Di dalam hati saya berdoa agar Allah selamatkan anak saya.

Secara tiba-tiba saya merasakan badannya semakin ringan. Saya mula merasakan bahawa klinik begitu jauh sekali. Kaki saya pula semakin lemah. Sesekali larian saya terhenti, namun saya meneruskan juga perjalanan. Saya berdoa agar saya dapat sampai ke klinik secepatnya. Ketika saya berada dalam jarak 40m dari klinik, anak saya semakin lemah dan terkulai. Saya benar-benar pasrah ketika itu. Saya katakan di dalam hati, "Ya Allah, aku reda seandainya Engkau ingin menjemput dia ke pangkuanMu Ya Allah". Saya benar-benar reda. Saya meneruskan perjalanan ke klinik. Sampai sahaja di klinik, doktor bertanyakan apa yg terjadi kepada anak saya. Dalam nada yang tercungap-cungan serta perlahan, saya mengatakan anak saya menggelupur dan kaku. Saya membaringkan anak saya di bilik rawatan seperti yg diarahkan oleh doktor. Saya tersandar di tepi dinding bilik tersebut sambil memandang anak saya. Air mata saya mula menitis dan akhirnya semakin laju!

"Sawan", kata doktor. "Biasa terjadi jika suhu badan terlalu panas", tambahnya lagi. Saya sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi ketika itu. Saya hanya memerhatikan Pembantu Klinik membasahkan kepala serta badannya sambil memicit-micit badannya. Dia masih tidak bersuara meskipun matanya terbuka. Pembantu Klinik memanggil-manggil namanya. Saya mendekatinya serta mengusap kepalanya. Di dalam hati, saya rasa amat bersyukur kerana saya masih diizinkan oleh Allah untuk bersamanya. Tidak lama kemudian, dia menggerakkan tangannya. Alhamdulillah. Dia sudah 'kembali' ke alam nyata.

Setelah mendapati dia telah sedar, saya menunaikan solat maghrib di klinik tersebut. Selepas berdoa, saya terdengar suara si kecil itu ketawa. Alhamdulillah. Dia sudah pulih, hanya badannya sahaja yang terlalu lemah. Saya membawanya pulang ke rumah. Di dalam kereta, si abang terus bercerita tentang ketakutannya melihat keadaan si adik.

Air mata saya keluar tanpa hentinya sepanjang perjalanan ke rumah. Saya terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Sejujurnya saya memang mudah menitiskan air mata. Selepas kejadian itu, saya menjadi trauma beberapa hari. Saya akan mengalirkan air mata setiap kali teringat apa yang telah berlaku. Saya sedar Allah sedang menguji lagi. Sebagai ibu, saya benar-benar tersentak dengan apa yg berlaku. Saya mula tertanya-tanya apakah yang Allah ingin tunjukkan kepada saya? Saya tidak pasti. Mungkin saya telah bertindak tidak adil kepada anak-anak selama ini. Mungkin saya telah melakukan cara yang tidak betul dalam melayan kerenah anak-anak saya. Maka, Allah 'pinjam' anak saya untuk beberapa ketika. Saya sedar, ada yang perlu saya ubah. Saya sendiri tidak berapa jelas, cuma saya yakin saya perlu membuang tabiat yang tidak elok terhadap anak-anak. Saya perlu lebih sabar dengan tingkah laku anak-anak terutama ketika saya berada di dalam keadaan tertekan. Saya tidak perlu menjadikan anak-anak sebagai tempat saya melepaskan kemarahan. Saya perlu berubah!

Saya memang sangat bersyukur kerana Allah masih beri peluang kepada saya untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya. Alhamdulillah. Saya akan berusaha sedaya mungkin untuk menjadi ibu yang terbaik untuk mereka. Insya Allah..

Monday, June 22, 2009

Sayangilah binatang, jgn zalimi mereka.


Ada seorang budak perempuan, umurnya baru mencecah 11tahun, tapi dia cukup penyayang kepada semua binatang, kecuali binatang yg berbahayalah.sikap ini lahir daripada didikan kedua ibu bapanya yg juga seorang yg baik sekali.

Dari kecil keluarga ini memang suka memelihara kucing yg selalunya, dibuang orang didepan rumah mereka.mereka bela kucing sampai akhir hayat kucing tu, kemudian bela lg jika ada yg dibuang org.

satu hari ni, budak perempuan yg dipanggil adik oleh ibunya, pulang dari sekolah, kerana terlalu letih mengayuh basikal, dia pun trus je berehat dikerusi depan TV umahnya.Tiba tiba, dia terdengar kucing nya mengiau ngiau seperti mengejar sesuatu, makin lama makin kuat.alihnya, apa lagi adik pun keluar tengaok apa yg kucing dia buat, tengok tengok kucing nya sedang menggigit tupai, nampakla berdarah darah tupai tu, adik rasa kesian sangat kat tupai tu.


dia pun tangkap kucing dia utk lepaskan tupai tu, tapi malangnya, kucing tu gigit kuat.jadi dia terpaksa memukul kucingnya supaya melepaskan tupai tu.tupai tu dilepaskan jua, kucingnya lari masuk dalam rumah.

rupa rupanya, tupai tu masih kecil, dia tak leh bergerak, sebahagian badannya luka teruk,adik nangis tgk tupai tu, dia pun ambik minyak gamat tu, trus sapu kat badan tupai tu, pastu letak dia atas meja beralaskan kain.meja tu letaknya tepi tingkap je.

Tentang kucingnya tu, dia [ujuk balik, bagi makan ikan fresh yg direbus lagi tu, sronok kucing tu makan, dia tak kacau tupai tu dah.

sedang dia berehat sambil tengok Tv, datang satu ibu tupai bawa anak dia yg luka tu naik ke pokok.adik pun lega lah sebab ibu tupai tu dah ambil anak dia, tentu pandai dia rawat anaknya sendiri. sedih juga sebab adik tak dapat nak jaga anak tupai tu.

pastu adik pun samunglah tengok TV, tgh asyik tengok TV tu, tiba2 Seekor tupai datang jenguk ikut tingkap rumah,lama gak, sampai adik pandang dia, dia pandang adik balik, baru tupai tu lari ke pokok semula.

ibu adik cakap, mesti tupai tu ucapkan terima kasih.adik rasa sronok sgt dapat tolong anak tupai tu.Tupai pun ada perasaan kan, bisik hati adik.alhamdulillah anak tupai tu dah selamat dengan ibunya.

Friday, June 19, 2009

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

MyHotcomments.com