http://www.ikimfm.my/

Wednesday, June 24, 2009

suami curang: derita isteri

Setelah berkahwin hampir 10 tahun dengan mempunyai 4 cahayamata, suami telah membongkar isi hatinya. Suami yang suatu masa dahulu pernah berjanji untuk sehidup semati, memberitahu bahawa dia mencintai seorang wanita yang lebih muda, seorang kawan di pejabatnya.

Saat mendengarkan pengakuan kecurangan suami, saya menangis teresak-esak. Sanggup dia memperlakukan perkara seperti itu kepada saya, setelah banyak sungguh pengorbanan dicurahkan.

Memang diakui, setelah melahirkan 4 anak, bentuk badan dan paras rupa mula berubah, namun bolehkah itu dijadikan alasan? Atau sememangnya kaum lelaki memang penuh dengan alasan?

Saya menyatakan pendirian bahawa saya lebih rela diceraikan daripada di madu. Mungkin sayangnya pada saya telah tiada, tetapi kasih kepada anak-anak masih menebal. Keranan itu, pada anggaran saya dia telah berjanji untuk melupakan wanita itu dan cuba membahagiakan kami, anak dan isteri.

Namun, saya seakan-akan masih dihantui dengan kejadian ini. Saya mula membayangkan bahawa dia bukan lagi suami yang saya kenal. Mula membayangkan yang bukan-bukan. Membayangkan ketika saat berada di rumah, dia sebenarnya teringatkan wanita itu. Ketika memandang wajah saya, dia membayangkan wanita itu. Ketika bersama saya, dia membayangkan bersama wanita itu.

Adakah saat saya melahirkan anak-anak dia membayangkan wanita itu?

Saya cuba melupakan dan bersungguh-sungguh bertahan demi anak-anak, namun saya gagal. Saya berani berkata bahawa saya bukan setakat sudah hilang cinta dan sayang pada suami, malahan kebencian turut menebal. SAYA INGIN DIA MELEPASKAN SAYA!!

Apakah lojik semua ini, minta diceraikan? Mampukah saya membesarkan anak-anak sendirian? Adakah anak-anak akan menyalahkan saya kerana memisahkan mereka dari ayah? Bukankah saya juga berhak untuk hidup bahagia?

p/s: kesian penulis ini, suami sepatutnya menyelami perasaan seorang isteri yg ingin hidup bahagia

No comments:

Post a Comment


MyHotcomments.com