http://www.ikimfm.my/
Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

Motivasi pagi ikim.fm 22/1/2015

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,

Pagi ni masa drive ke opis, on kan radio Ikim. Macam biasa ikim akan membuat slot Motivasi pagi.
saya agak tersentuh dengan cerita Ustaz tu pagi ni.

Kisah seorang budak yang berumo lebih kurang 9 tahun. Selalu datang solat berjemaah di Masjid dalam kesemua lima waktu. Kalo datang pada waktu asar, dia akan datang dengan pakaian sukan.
Setiap hari berulang begitu.

Lalu seorang lelaki yang juga jemaah solat di masjid tersebut pun menyapa dia dan bertanya "Wahai budak, jarang sekali kulihat budak seusia kamu yang rajin bersolat di Masjid. Jadi aku ingin mengetahui mengapa kah kamu rajin sekali menunaikan 5waktu berjemaah di Masjid?"

Budak itu pun menjawab, "Saya bersolat di Masjid ini kerana saya seorang yang miskin, bapa saya hanya lah seorang petani yang menanam kobis sahaja, kalau kobis rosak, lagi perlu saya berjimat"

Lalu terdetik di hati lelaki ini, adakah budak ini mau mencuri duit masjid. tapi dia tetap mendengar penjelasan budak tadi.

Budak itu menyambung, "kawan-kawan saya smua punyai bapa yang kerja hebat-hebat seperti doktor, pegawai kerajaan dan sebagainya, mereka bawa wang belanja ke sekolah Rm5, ada yang RM10, paling kurang pun RM2. Saya hanya bawa RM1 sahaja."

Katanya lagi, "Andai saya sentiasa bersolat di Masjid berjemaah, semoga saya akan kaya di akhirat kelak, dapat membeli segalanya dalam syurga Allah. biarlah di dunia ini mskin, tapi dapat kaya di akhirat.... saya taknak miskin di akhirat."

Maka sangat tersentuhlah lelaki ini mendengar penjelasan budak ini. Beristigfar lah dia kerana telah menyangka buruk.

Semoga kita berjaya mendidik anak2 kita agar bermatlamatkan akhirat dan bukannya duniawi. wallahu a'lam.

Friday, January 1, 2010

motivasi diri : 17 bahaya lidah

17 bahaya lidah adalah:

1. kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
2. kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
3. adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
4. lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
5. satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
6. kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
7. mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
8. gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
9. bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
10. terlalu banyak bergurau dan bersenda.
11. suka menghina orang lain.
12. menyebarkan rahsia.
13. berjanji lalu mendustai janji itu.
14. akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
15. mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
16. menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
17. memuji yang melampau-lampau.

Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.
Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.
Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.
Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.
Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda.

Thursday, June 25, 2009

Sesal, Menyesal, Penyesalan



Posted: 23 Jun 2009 10:24 AM PDT

Saya faham Anda pernah menyesal. Apa yang kita sesalkan, tak akan berubah. sesalan kita tak akan merubah apa-apa. Tapi, usaha kita boleh merubahnya.

Apa yang dah berlaku, biarkanlah berlaku. Apa yang dah berlalu, biarkan berlalu. Fahami ia, fikirkan cara bagaimana Anda boleh buat yang terbaik darinya.

Kita tak boleh melawan arus hidup. Kita kena memahami arus hidup kita, kemudian jadikannya sebagai asas pemula untuk kita buat sesuatu dengan cukup baik. Biar kita berjalan seiring arus, mengintai peluang untuk kita muncul berjaya.

Arus hidup saya membuat saya berakhir menjadi seorang anak muda tanpa kerja bergaji, hanya ada sebuah laptop, sambungan internet, basikal lumba dan sukan renang.

Tapi, setiap hari saya tekad untuk melakukan semua yang saya buat dengan cukup bagus, hebat sekali. Saya tekad untuk belajar sepanjang masa, belajar memperbaiki kemahiran, belajar mengasah lagi apa yang saya dah tahu.

Belajar dan terus belajar. Berlatih dan terus berlatih. Saya tak pernah bersaing dengan sesiapa, saya set target dan berusaha keras mencapai target saya, itu saja.

Kita ada lebih banyak masa untuk membentuk masa depan bahagia dan gembira.

Masa lalu sudah tak boleh diubah. Tapi apa yang akan berlaku nanti, boleh diubah sedikit mulai saat ini.

Anda, saya bukan nak tunjuk pandai. Saya bukan pakar motivasi. Saya cuma anak muda yang tekad memperbaiki diri. Sebab? Saya nak maju dalam kerjaya, keluarga, kesihatan dan kewangan saya.

Saya percaya Anda mahukan sebab yang sama. Anda dan saya adalah sama, walaupun kita amat berlainan.

Menyesal satu perbuatan yang merugikan. Menyesal membuat kita mengingat semua kesilapan-kesilapan kita lalu menahan kita dari terus berusaha.

Tinggalkan sikap menyesal, tapi jadikan apa yang berlaku sebagai sejarah untuk Anda pelajari sesuatu daripadanya.

Hidup kita umpama sebuah kereta, berjalan di jalan raya. Kereta akan tetap bergerak meninggalkan destinasi lepas untuk menuju ke destinasi akan datang, dari destinasi A ke destinasi B.

Tangan Anda memusing stereng mengendalikan perjalanan kereta, seperti mana Anda mengendalikan perjalanan hidup Anda.

Menyesal umpama Anda berpatah balik menuju ke destinasi lepas yang sudah Anda tinggalkan.

Sudah tentu Anda tak suka, sesiapapun tak suka sebab membuang masa, membuang tenaga, membuang minyak kereta. Lebih baik jalan terus ke depan. Yang dah tertinggal, biarkan tertinggal dan usah diungkit lagi kerana sudah tertinggal, terlupa, tak terbawa.

Terimalah itu sebagai kesilapan Anda. Lebih baik lupakan.

Meneruskan perjalanan adalah perkara yang lebih penting.

Untuk apa menyesal dan apa perlunya menyesal?.

MyHotcomments.com