http://www.ikimfm.my/

Thursday, June 25, 2009

Sesal, Menyesal, Penyesalan



Posted: 23 Jun 2009 10:24 AM PDT

Saya faham Anda pernah menyesal. Apa yang kita sesalkan, tak akan berubah. sesalan kita tak akan merubah apa-apa. Tapi, usaha kita boleh merubahnya.

Apa yang dah berlaku, biarkanlah berlaku. Apa yang dah berlalu, biarkan berlalu. Fahami ia, fikirkan cara bagaimana Anda boleh buat yang terbaik darinya.

Kita tak boleh melawan arus hidup. Kita kena memahami arus hidup kita, kemudian jadikannya sebagai asas pemula untuk kita buat sesuatu dengan cukup baik. Biar kita berjalan seiring arus, mengintai peluang untuk kita muncul berjaya.

Arus hidup saya membuat saya berakhir menjadi seorang anak muda tanpa kerja bergaji, hanya ada sebuah laptop, sambungan internet, basikal lumba dan sukan renang.

Tapi, setiap hari saya tekad untuk melakukan semua yang saya buat dengan cukup bagus, hebat sekali. Saya tekad untuk belajar sepanjang masa, belajar memperbaiki kemahiran, belajar mengasah lagi apa yang saya dah tahu.

Belajar dan terus belajar. Berlatih dan terus berlatih. Saya tak pernah bersaing dengan sesiapa, saya set target dan berusaha keras mencapai target saya, itu saja.

Kita ada lebih banyak masa untuk membentuk masa depan bahagia dan gembira.

Masa lalu sudah tak boleh diubah. Tapi apa yang akan berlaku nanti, boleh diubah sedikit mulai saat ini.

Anda, saya bukan nak tunjuk pandai. Saya bukan pakar motivasi. Saya cuma anak muda yang tekad memperbaiki diri. Sebab? Saya nak maju dalam kerjaya, keluarga, kesihatan dan kewangan saya.

Saya percaya Anda mahukan sebab yang sama. Anda dan saya adalah sama, walaupun kita amat berlainan.

Menyesal satu perbuatan yang merugikan. Menyesal membuat kita mengingat semua kesilapan-kesilapan kita lalu menahan kita dari terus berusaha.

Tinggalkan sikap menyesal, tapi jadikan apa yang berlaku sebagai sejarah untuk Anda pelajari sesuatu daripadanya.

Hidup kita umpama sebuah kereta, berjalan di jalan raya. Kereta akan tetap bergerak meninggalkan destinasi lepas untuk menuju ke destinasi akan datang, dari destinasi A ke destinasi B.

Tangan Anda memusing stereng mengendalikan perjalanan kereta, seperti mana Anda mengendalikan perjalanan hidup Anda.

Menyesal umpama Anda berpatah balik menuju ke destinasi lepas yang sudah Anda tinggalkan.

Sudah tentu Anda tak suka, sesiapapun tak suka sebab membuang masa, membuang tenaga, membuang minyak kereta. Lebih baik jalan terus ke depan. Yang dah tertinggal, biarkan tertinggal dan usah diungkit lagi kerana sudah tertinggal, terlupa, tak terbawa.

Terimalah itu sebagai kesilapan Anda. Lebih baik lupakan.

Meneruskan perjalanan adalah perkara yang lebih penting.

Untuk apa menyesal dan apa perlunya menyesal?.

Wednesday, June 24, 2009

Layar keinsafan - Mestica



Layar Keinsafan
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Anak yang ke 2



anak yg ke2.sudah mencecah 1 tahun 4 bulan pada 2009 ini.dah boleh berjalan dan bercakap.tapi perkataan tu ada yg kurang jelas sket.suka memunggah, buat sepah, tuang air botol dia merata.budak budak kan.....

Anak yg sulung...



anak sulungku.dah berusia 3 tahun pada 2009 ini.bercakap dah pandai.memahami percakapan kita,pandai melukis dan menulis tapi takde bentuk huruf ape2 pun.suka menolong dalam kerja2 kerja rumah.comel lagi pulak, alhamdulillah......

suami curang: derita isteri

Setelah berkahwin hampir 10 tahun dengan mempunyai 4 cahayamata, suami telah membongkar isi hatinya. Suami yang suatu masa dahulu pernah berjanji untuk sehidup semati, memberitahu bahawa dia mencintai seorang wanita yang lebih muda, seorang kawan di pejabatnya.

Saat mendengarkan pengakuan kecurangan suami, saya menangis teresak-esak. Sanggup dia memperlakukan perkara seperti itu kepada saya, setelah banyak sungguh pengorbanan dicurahkan.

Memang diakui, setelah melahirkan 4 anak, bentuk badan dan paras rupa mula berubah, namun bolehkah itu dijadikan alasan? Atau sememangnya kaum lelaki memang penuh dengan alasan?

Saya menyatakan pendirian bahawa saya lebih rela diceraikan daripada di madu. Mungkin sayangnya pada saya telah tiada, tetapi kasih kepada anak-anak masih menebal. Keranan itu, pada anggaran saya dia telah berjanji untuk melupakan wanita itu dan cuba membahagiakan kami, anak dan isteri.

Namun, saya seakan-akan masih dihantui dengan kejadian ini. Saya mula membayangkan bahawa dia bukan lagi suami yang saya kenal. Mula membayangkan yang bukan-bukan. Membayangkan ketika saat berada di rumah, dia sebenarnya teringatkan wanita itu. Ketika memandang wajah saya, dia membayangkan wanita itu. Ketika bersama saya, dia membayangkan bersama wanita itu.

Adakah saat saya melahirkan anak-anak dia membayangkan wanita itu?

Saya cuba melupakan dan bersungguh-sungguh bertahan demi anak-anak, namun saya gagal. Saya berani berkata bahawa saya bukan setakat sudah hilang cinta dan sayang pada suami, malahan kebencian turut menebal. SAYA INGIN DIA MELEPASKAN SAYA!!

Apakah lojik semua ini, minta diceraikan? Mampukah saya membesarkan anak-anak sendirian? Adakah anak-anak akan menyalahkan saya kerana memisahkan mereka dari ayah? Bukankah saya juga berhak untuk hidup bahagia?

p/s: kesian penulis ini, suami sepatutnya menyelami perasaan seorang isteri yg ingin hidup bahagia

anak2 ujian bg seorang ibu

bismillah
Sesuatu untuk dikongsi....

Pada hari Jumaat, tanggal 29 Mei yang lalu, sekali lagi saya diuji oleh Allah SWT. Apa yg berlaku itu terlalu sukar untuk dilupakan. Kejadian itu benar-benar menyentuh hati saya sebagai ibu, juga sebagai hamba kepada Khaliq Yang Agung....

Ketika mengambil si kecil di taska, saya dimaklumkan oleh pengasuh bahawa dia demam. Patut lah dia menangis sejurus selepas saya keluar dari kereta sambil melambai-lambaikan tangan kepadanya. Apabila saya meletakkan tangan ke dahinya,memang teramat panas sekali. Sepanjang usianya yang belum mencecah 3 tahun itu, baru kali inilah saya merasakan kepanasan yang terlalu tinggi pada tubuhnya. Namun dia masih lagi mampu berjalan dan bermain ketika itu. Saya juga dimaklumkan bahawa dia telah muntah sebelum itu. Saya mengambilnya dan terus ke kereta. Ketika itu jam sudah hampir 6:30pm. Suami menelefon dan saya sempat menceritakan keadaan si kecil. Sambil berbual (saya memberhentikan kereta di tepi jalan), saya perhatikan anak saya seperti terlalu mengantuk. Dia seperti orang yg sedang khayal dengan mata yang sekejap terpejam dan sekejap terbuka. Saya bertanya kepadanya, "Adik nak tido ke?". Dia menjawab, "Takkk".

Setelah tamat perbualan bersama suami, saya terus ke sekolah agama untuk mengambil anak yg sulung. Apabila tiba sahaja di sekolah, saya mengunci kereta dan membawa si kecil ke kedai untuk membeli sebotol air mineral bagi membasuh muka serta kepalanya agar dapat menurunkan suhu badan. Belum sempat saya membuat pembayaran, dia telah pun muntah di kedai tersebut. Saya terus membersihkan mukanya serta membasahkan kepalanya. Ketika itu juga, anak yg sulung telah hampir kepada kami dan saya bergegas membawa anak-anak pulang. Di dalam perjalanan, saya lihat si kecil terlalu lemah. Dia terlena. Saya sempat bertanyakan pendapat suami untuk membawanya ke klinik. Suami bersetuju dan saya meneruskan perjalanan ke klinik yang berdekatan dgn rumah kami. Di klinik, doktor mengatakan bahawa suhu badannya mencecah ke 40 deg C. Lantas, doktor memasukkan ubat melalui duburnya agar suhu badannya turun dgn cepat....

Saya merasa sedikit lega dgn keadaannya. Saya berkata kepada yg sulung bahawa saya perlu singgah ke pasar malam untuk mencari keperluan dapur serta juadah untuk kami makan malam. Saya tinggalkan mereka di dalam kereta bersama salah sebuah telefon bimbit saya, dengan harapan agar yg sulung dapat menelefon saya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini (Saya berdoa agar tidak berlaku perkara sebegitu). Saya membeli juadah makan malam terlebih dahulu. Tiba-tiba telefon bimbit saya berdering. Anak saya menelefon. Hati saya mula berdebar-debar. Mujurlah dia menelefon hanya untuk meminta kebenaran untuk menghantar mesej kepada guru tusyennya. Saya sempat bertanyakan keadaan adiknya. "Adik OK", kata si abang. Saya meneruskan urusan mencari keperluan. Oleh kerana tangan saya sarat dengan barangan, terdetik di hati ini untuk ke kereta bagi menghantar barangan yang telah saya beli di samping untuk menjenguk si kecil. Saya berniat untuk membeli barangan dapur setelah itu.

Apabila membuka sahaja pintu kereta (pemandu) untuk meletak beg tangan saya di sebelah, saya terkejut dengan jeritan si abang. "Ibuuu, adiiik! Ibuuuu, adiiikkkk! Tengok adik buuu...". Saya menoleh ke belakang. Dalam masa yang sama, anak saya yg sulung keluar dari pintu kereta dlm keadaan histeria! Oleh kerana waktu itu sudah melepasi jam 7:00 malam, saya tidak dapat melihat dgn jelas apa yang berlaku pada anak kecil itu. Saya cuma terkejut dgn jeritan si abang. Saya menutup pintu kereta, beg-beg plastik masih lagi di tangan saya. Lantas saya berpusing ke belakang kereta dan sempat menjerit ke arah abg. Saya sendiri kebingungan dengan kelakuannya. Saya katakan, "Syahmy!" Syahmy nak biar adik sorang-sorang je ke? Ya Allah...", sambil membuka pintu kereta belakang (sebelah kiri). Saya benar-benar terkejut apabila melihat keadaan si kecil yang menggelupur kaki dan tangan dengan mata yang terbeliak ke atas. "Astaghfirullah, adik.... Ya Allah.. Kenapa ni dik...?" Hanya itu yang mampu saya ucapkan ketika itu. Saya mencampakkan beg-beg plastik berisi barangan dari pasar malam ke dalam kereta. Saya terus memeluk si kecil. Saya tahu saya kena berfikir dan bertindak pantas ketika itu. Saya katakan pada yang sulung agar menutup pintu kereta serta menguncinya. Saya juga meminta dia mengambil beg duit saya yang berada di dalam beg tangan. Apa yang terlintas di fikiran saya ialah untuk membawa anak saya kembali ke klinik. Saya merasakan saya tidak mampu memandu kereta ketika itu memandangkan si abang yang masih lagi ketakutan serta keadaan si adik yang sangat memerlukan dakapan saya. Saya nekad berlari ke klinik! Saya meminta si abang untuk ke klinik terlebih dahulu dan memberitahu doktor akan kedatangan kami (saya anggarkan jaraknya hampir 150m dari tapak pasar malam).

Untuk kembali ke klinik, saya terpaksa melalui kawasan pasar malam yang dipenuhi dengan orang ramai. Saya sedar ramai yang terpinga-pinga memerhatikan keadaan saya ketika itu. Saya benar-benar mengharapkan pertolongan dari Allah SWT. Saya menggendong anak saya rapat ke dalam pelukan saya. Kepalanya di sebelah kanan badan saya. Kalimah La ila ha illallah dan syahadah tidak henti-henti saya bisikkan ke telinganya. Di dalam hati saya berdoa agar Allah selamatkan anak saya.

Secara tiba-tiba saya merasakan badannya semakin ringan. Saya mula merasakan bahawa klinik begitu jauh sekali. Kaki saya pula semakin lemah. Sesekali larian saya terhenti, namun saya meneruskan juga perjalanan. Saya berdoa agar saya dapat sampai ke klinik secepatnya. Ketika saya berada dalam jarak 40m dari klinik, anak saya semakin lemah dan terkulai. Saya benar-benar pasrah ketika itu. Saya katakan di dalam hati, "Ya Allah, aku reda seandainya Engkau ingin menjemput dia ke pangkuanMu Ya Allah". Saya benar-benar reda. Saya meneruskan perjalanan ke klinik. Sampai sahaja di klinik, doktor bertanyakan apa yg terjadi kepada anak saya. Dalam nada yang tercungap-cungan serta perlahan, saya mengatakan anak saya menggelupur dan kaku. Saya membaringkan anak saya di bilik rawatan seperti yg diarahkan oleh doktor. Saya tersandar di tepi dinding bilik tersebut sambil memandang anak saya. Air mata saya mula menitis dan akhirnya semakin laju!

"Sawan", kata doktor. "Biasa terjadi jika suhu badan terlalu panas", tambahnya lagi. Saya sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi ketika itu. Saya hanya memerhatikan Pembantu Klinik membasahkan kepala serta badannya sambil memicit-micit badannya. Dia masih tidak bersuara meskipun matanya terbuka. Pembantu Klinik memanggil-manggil namanya. Saya mendekatinya serta mengusap kepalanya. Di dalam hati, saya rasa amat bersyukur kerana saya masih diizinkan oleh Allah untuk bersamanya. Tidak lama kemudian, dia menggerakkan tangannya. Alhamdulillah. Dia sudah 'kembali' ke alam nyata.

Setelah mendapati dia telah sedar, saya menunaikan solat maghrib di klinik tersebut. Selepas berdoa, saya terdengar suara si kecil itu ketawa. Alhamdulillah. Dia sudah pulih, hanya badannya sahaja yang terlalu lemah. Saya membawanya pulang ke rumah. Di dalam kereta, si abang terus bercerita tentang ketakutannya melihat keadaan si adik.

Air mata saya keluar tanpa hentinya sepanjang perjalanan ke rumah. Saya terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Sejujurnya saya memang mudah menitiskan air mata. Selepas kejadian itu, saya menjadi trauma beberapa hari. Saya akan mengalirkan air mata setiap kali teringat apa yang telah berlaku. Saya sedar Allah sedang menguji lagi. Sebagai ibu, saya benar-benar tersentak dengan apa yg berlaku. Saya mula tertanya-tanya apakah yang Allah ingin tunjukkan kepada saya? Saya tidak pasti. Mungkin saya telah bertindak tidak adil kepada anak-anak selama ini. Mungkin saya telah melakukan cara yang tidak betul dalam melayan kerenah anak-anak saya. Maka, Allah 'pinjam' anak saya untuk beberapa ketika. Saya sedar, ada yang perlu saya ubah. Saya sendiri tidak berapa jelas, cuma saya yakin saya perlu membuang tabiat yang tidak elok terhadap anak-anak. Saya perlu lebih sabar dengan tingkah laku anak-anak terutama ketika saya berada di dalam keadaan tertekan. Saya tidak perlu menjadikan anak-anak sebagai tempat saya melepaskan kemarahan. Saya perlu berubah!

Saya memang sangat bersyukur kerana Allah masih beri peluang kepada saya untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya. Alhamdulillah. Saya akan berusaha sedaya mungkin untuk menjadi ibu yang terbaik untuk mereka. Insya Allah..

Monday, June 22, 2009

Sayangilah binatang, jgn zalimi mereka.


Ada seorang budak perempuan, umurnya baru mencecah 11tahun, tapi dia cukup penyayang kepada semua binatang, kecuali binatang yg berbahayalah.sikap ini lahir daripada didikan kedua ibu bapanya yg juga seorang yg baik sekali.

Dari kecil keluarga ini memang suka memelihara kucing yg selalunya, dibuang orang didepan rumah mereka.mereka bela kucing sampai akhir hayat kucing tu, kemudian bela lg jika ada yg dibuang org.

satu hari ni, budak perempuan yg dipanggil adik oleh ibunya, pulang dari sekolah, kerana terlalu letih mengayuh basikal, dia pun trus je berehat dikerusi depan TV umahnya.Tiba tiba, dia terdengar kucing nya mengiau ngiau seperti mengejar sesuatu, makin lama makin kuat.alihnya, apa lagi adik pun keluar tengaok apa yg kucing dia buat, tengok tengok kucing nya sedang menggigit tupai, nampakla berdarah darah tupai tu, adik rasa kesian sangat kat tupai tu.


dia pun tangkap kucing dia utk lepaskan tupai tu, tapi malangnya, kucing tu gigit kuat.jadi dia terpaksa memukul kucingnya supaya melepaskan tupai tu.tupai tu dilepaskan jua, kucingnya lari masuk dalam rumah.

rupa rupanya, tupai tu masih kecil, dia tak leh bergerak, sebahagian badannya luka teruk,adik nangis tgk tupai tu, dia pun ambik minyak gamat tu, trus sapu kat badan tupai tu, pastu letak dia atas meja beralaskan kain.meja tu letaknya tepi tingkap je.

Tentang kucingnya tu, dia [ujuk balik, bagi makan ikan fresh yg direbus lagi tu, sronok kucing tu makan, dia tak kacau tupai tu dah.

sedang dia berehat sambil tengok Tv, datang satu ibu tupai bawa anak dia yg luka tu naik ke pokok.adik pun lega lah sebab ibu tupai tu dah ambil anak dia, tentu pandai dia rawat anaknya sendiri. sedih juga sebab adik tak dapat nak jaga anak tupai tu.

pastu adik pun samunglah tengok TV, tgh asyik tengok TV tu, tiba2 Seekor tupai datang jenguk ikut tingkap rumah,lama gak, sampai adik pandang dia, dia pandang adik balik, baru tupai tu lari ke pokok semula.

ibu adik cakap, mesti tupai tu ucapkan terima kasih.adik rasa sronok sgt dapat tolong anak tupai tu.Tupai pun ada perasaan kan, bisik hati adik.alhamdulillah anak tupai tu dah selamat dengan ibunya.

MyHotcomments.com