http://www.ikimfm.my/

Saturday, September 29, 2012

Pengalaman memasuki peperiksaan kerajaan

Salam kawan-kawan,

hari aku selesai menduduki peperiksaan kerajaan F29, penolong pegawai teknologi maklumat. ramai betul calon-calon yang hadir. merasa diri begitu kerdil.hehehe.

best gak, aku pun tak penah lalui exam gomen ni. dari pukul 9pagi sampai pukul 12 lebih dengan 3 paper. tapi paper akhir "penaasiran personaliti" tu dahsyat soalan nya. sampai 185 soalan.masa lebih kurang sejam kot, aku pun tak ingat.

selalunya exam gomen ni PTD je, jawatan F29 pun ada gak ek examnye. mesti semua calon2 berdebar menanti result yang bakal keluar 3.11.2012 ni kan. Semoga berjaya lah kepada semua calon2 tu. aku pun debar gak nak tunggu result nye.

tapi bak kata ayah, usahlah terlalu mengharap kepada duniawi kerana ianya bersifat sementara. kejarlah akhirat, kerana andai kita mengejar akhirat, dunia akan mengikut kita. so, andai aku berjaya dalam exam ni, aku amatlah bersyukur kepada Allah. tetapi andai sebaliknya berlaku, aku redha dengan ketentuannya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

p/s: tapi hati rasa nak la berjaya. cuma pujuk diri, jgn harap sgt.

Rumahtangga yang terbalik

"Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari". Antara perumpamaan yang boleh di kaitkan dengan rumahtangga yg bermasalah.

Dulu aku pernah terbaca, antara tanda-tanda akhir zaman adalah isteri menyara suami. pendek kata, suami ni malas keje, bini duk bela..... ayat senang paham. tapi aku tak penah la jumpa kes macam ni. slalunya ada kat dalam akhbar je.

Realitinya wujud perkara sebegini..... adala info yg aku dapat...... daripada pengalaman-pengalaman org yg citer pasal ni. ada yg jenis malu untuk bercerai, nanti mnjadi bualan masyarakat tempatan, so dia truskan tanggung suami. ada yang sanggup tanggung suami sampai anak berderet2, sampai bermadu, dia still menanggung perbelanjaan keluarga. wanita ni aku kira memang seorang yang tabah, sabar, cekal hati dan kuat bekerja. aku respect la. bukan senang nak jadi macam tu. tapi di akhirat esok, suami dia taktau, tanggung la dosa sebab tak cari nafkah betul buat keluarga. alangkah bahagia la kalo si isteri meredhai duit dia bagi kat suami. tapi t/jawab suami tu, ha! antara suami dan Allah ta'ala la. jawab la sendiri.

Apa yang aku belaja dalam islam, duit suami merupakan duit isteri, manakala duit isteri, bukan duit suami. suami takde hak nak ambil tau. kecuali isteri bagi je.t/jwb bagi makan, pakai, tmpat tinggal, adalah t/jwb suami. haish!!! macam mana plak sesetengah suami boleh kata, " dah aku bagi isteriku kerja, dia kenala bagi duit kat aku".... aku pikir ini adalah kejahilan suami la....... pandai nak kawin tp bodoh agama......... letih tul!! huh!

Tapi mungkin dunia dah sampai ke penghujungnya la kot, sbb itu la ramai sangat dah rumahtangga dimana isteri yang menyara keluarga, bukan suami nya. Jadi marilah kita kejar akhirat kerana dunia akan mengikut kita....... wallahua'lam.


Monday, September 24, 2012

Salam Sejahtera September 2012

Salam semua,
dah lama tak antar post ke blog ni, buzy dgn keje ke sana sini, macam2 masalah melanda, tp cool je..... wat pe nak kecoh2 kan....

relaxkan diri anda dengan zikrullah, ingat pd Allah slalu..... pastu bleh gak g wat window shoping kat shopping complex, tesco ke, the store ke, taiping central ke, giant ke..... yg disebut ni yg ada kat taiping la.... kalo KL lagi byk, cuma dah duk cni kan.... KL tu penuh ngan kesibukan jalan raya.....huhu.... sesekali ke sana leh la... hehehe...

lain dari itu, kita leh gak wat window shoping kat fb, blog, website kan....... kat internet la....kalo brkenan or memerlukan...beli je... senang je, bank in kan duit, pastu kabo la kat penjual online tu..... sesenang ABC........ haaaaa........ apa lagi kawan-kawan sekalian....... jom singgah blog saya yg satu ni => D'lite Collection


MyHotcomments.com